Pasti ramai tertanya-tanya, bagaimana untuk membuat Permohonan Visa Pelancongan Australia (ETA Visa) dan mengapa banyak kes atau sebahagian daripada visa pelancongan atau ETA (Electronic Travel Authority) untuk pelancong daripada Malaysia ditolak ?
Ikuti Soal Jawab dibawah untuk memudahkan urusan visa pelancongan anda ! : )
- Adakah saya perlukan visa untuk melancong ke Australia ?

Jawapan : Ya, sekiranya anda daripada Malaysia, anda WAJIB membuat permohonan Visa Pelancongan Australia / ETA Visa (Electronic Travel Authority Australia) untuk sebarang aktiviti pelancongan di Australia. Anda boleh mohon secara terus melalui imigresen australia secara online (Caj 20 AUD ~ RM 65) ! . Hanya info Passport sahaja yang diperlukan serta pembayaran menggunakan kad kredit / visa (untuk permohonan online)

ATAU
Anda juga boleh membuat ETA Visa melalui Travel Agency berlesen seperti Jalan-Jalan Australia (Caj hanya RM 25) Sahaja !!!. Kelulusan ETA Visa Pelancongan Australia akan mengambil masa sepantas tempoh 12 jam atau 24 jam setelah permohonan lengkap dihantar (Pembayaran diselesaikan & Maklumat Passport diberikan).


MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG

- Apakah ada JAMINAN ETA Visa Pelancongan Australia saya akan diluluskan 100 % dan apa yang perlu saya lakukan jika visa ETA Visa dipohon melalui online atau Travel Agensi ditolak oleh Pihak berkuasa Imigresen Australia ?
Jawapan : Malangnya, TIADA sebarang jaminan permohonan anda akan diluluskan 100% ! Kebenaran kelulusan Visa Pelancongan Australia (ETA Visa) adalah 100% bergantung kepada ‘budibicara’ Pihak Berkuasa Imigresen Australia setelah permohonan lengkap secara elektronik dibuat secara online atau melalui Travel Agensi berlesen. Travel Agensi hanya membuatkan permohonan elektronik bagi pihak anda melalui Sistem Permohonannya.
Untuk pengetahuan anda, adalah menjadi hak mutlak Pihak Berkuasa Imigresen Australia untuk menolak mana-mana permohonan ETA Visa anda dengan alasan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci (Further Background Check) berkaitan aktiviti pelancongan anda ke Australia (You must be able to prove that you are genuine Tourist when asked) melalui rayuan yang akan dibuat oleh pemohon ke Imigresen Australia apabila ETA Visa DITOLAK.
Sekiranya permohonan ETA Visa anda ditolak, anda hendaklah segera membuat rayuan PERSENDIRIAN (in person – Mana-mana Travel Agensi TIDAK lagi dapat membantu bagi pihak anda di peringkat ini). Hantarkan rayuan permohonan anda bersama-sama dengan dokumen sokongan melalui email ke etakl@dfat.gov.au.(Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk ke Pejabat High Commission Australia di Malaysia tanpa sebarang temu janji !) . Sila rujuk link di bawah tersebut untuk garis panduan ! ;
https://malaysia.highcommission.gov.au/klpr/ETA.html#High%20Commission
- Saya akan pergi lagi dua minggu atau lagi beberapa hari sahaja lagi untuk ke Australia, tetapi visa ETA masih belum diluluskan setelah rayuan dibuat : (.
Jawapan : Anda dinasihatkan untuk merancang dan memohon visa ETA sekurang-kurangnya 3 bulan awal. Rayuan permohohonan Visa anda HANYA akan dilayan jika anda ada alasan yang sangat mendesak sahaja (Imigresen Australia telah menetapkan bahawa kelewatan memohon visa pada saat akhir sebelum pengembaraan anda untuk semua JENIS permohonan visa adalah dalam kategori BUKAN MENDESAK dan tidak akan dilayan sama sekali untuk dipercepatkan semakan rayuan!)

4. Ada cara lain untuk percepatkan permohonan Visa atau ada lagi alternatif lain untuk dapatkan Visa Pelancongan Australia ?
Jawapan : Sebenarnya tiada sebarang jaminan permohonan atau rayuan anda akan dipercepatkan kerana masa untuk meluluskan / membenarkan rayuan permohonan anda bergantung juga kepada bilangan permohonan yang diterima oleh imigresen Australia. Ini termasuk juga faktor kepentingan visa tersebut untuk disemak dengan kadar segera. Bayangkan sehari berapa puluh ribu permohonan diterima seluruh dunia , termasuk rayuan anda yang perlu diluluskan dan disemak ? Walau bagaimanapun, kami mencadangkan seperti berikut sebagai langkah alternatif atau plan B
- Anda boleh buat permohonan Visitor Visa (Plan B) secara online untuk Visitor Visa Sub class 600 dengan caj permohonan sebanyak 140 AUD. Visa ini boleh dibuat serentak dengan permohonan ETA atau ketika anda membuat rayuan ETA yang ditolak.
- Anda dinasihatkan untuk menunujukkan baki simpanan dalam bank dengan sejumlah yang banyak (~RM15k- RM 20k) dan buktikan bahawa anda telah merancang semua perjalanan anda ke Australia dengan baik (Itinerari perjalanan, tempahan hotel, pengangkutan dll).
- Anda boleh membuat permohonan Visitor Visa Subclass 600 SENDIRI secara online di pautan berikut – https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/600-/Visitor-e600-visa-online-applications
- Atau hubungi VSF Global untuk membuat temu janji untuk permohonan visa tersebut. Rujuk pautan berikut ; http://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/visitor_visa.html
- Harga ‘base application’ / permohonan asas adalah sebanyak 140 AUD (Akan ada caj tambahan sekiranya pengesahan biometric diperlukan)
- Kebiasaan Visitor Visa Subclass 600 ini akan LEBIH CEPAT disemak oleh imigresen Australia (Bergantung juga sepantas mana anda menyediakan & memberikan dokumen yang diperlukan serta nampak meyakinkan !)
Peringatan : Akhir-akhir ini ramai penduduk Malaysia yang ke Australia bukan untuk melancong tetapi untuk bekerja secara illegal / haram menggunakan Visa Pelancongan/ ETA . Statistik tahun 2018 menunjukkan Malaysia terletak ditangga pertama pemegang visa yang kerap tinggal melebihi tempoh visa yang ditetapkan di Australia ! : (. Adalah Menjadi tanggungjawab kerajaan dan imigresen Australia untuk lebih ketat menyaring permohonan visa pelancongan daripada Malaysia. Pastikan anda benar-benar ke Australia dengan visa ETA hanya untuk melancong…
Semoga dipermudahkan perjalanan anda dan selamat merancang ! : )
Selamat Jalan-Jalan Australia
MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG !
MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG !
MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG !
Oleh :

There’s Nothing Like Straya