Amani Travel Sdn Bhd

Siapakah Amani Travel Sdn Bhd?

Amani Travel Sdn Bhd merupakan syarikat agensi pelancongan berdaftar dan berlesen penuh dibawah kementerian pelancongan untuk kembara dalam dan luar negara dengan kru pengurusannya adalah 100 % muslim dan berlatar belakang profesional. Syarikat ini telah rasmi berdaftar di Suruhanjaya Syarikat SSM pada 1 June 2013 oleh graduan-graduan luar negara dan secara rasminya telah diperbadankan dibawah lesen kementerian pelancongan dengan No Pendaftaran Lesen dibawah Kementerian Pelancongan KPK/LN 8255 (IOT) untuk Inbound (Dalam Negara) , Outbound (Luar Negara) , Ticketing dan Lesen Khas Umrah (LKU) KPK/LKU/SUB 0542 .

Amani Travel sentiasa diterjui oleh tenaga-tanaga kerja muda, bermotivasi tinggi, profesional dan berpengalaman khususnya dalam industri umrah dan kembara luar negara.

Amani Travel sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan & pengurusan kembara secara profesional,berkualiti dan efisyen. Sehubungan itu kami sentiasa memastikan keselesaan anda berususan dengan kami samada sebelum ketika dan selepas pengembaraan sesuai dengan tagline Pengurusan dan Visi Syarikat iaitu “Khidmat Kembara Mesra , Profesional dan Patuh Syariah”

Produk-produk Pakej yang ditawarkan adalah menerusi 3 saluran utama iaitu Amani Travel, Dunia Kembara (Muslim Travel) dan Jalan-Jalan Australia (Pakej Khas Australia).