Wajib terakhir sebelum meninggalkan Makkah ialah melakukan tawaf wada`.
Sabda Rasulullah saw:
لاَيَنْفِرَنَّ أَحَدٌ مِنكُم حَتَّى يَكُوْنَ آخِرُ عَهْدَهُ بِالْبَيْتِ
“Janganlah seseorang di antara kamu pulang melainkan mengakhiri ibadah hajinya dengan tawaf di Baitullah” [Hadits Riwayat Muslim dalam sahihnya]
Jika anda perasan, kebanyakan jemaah yang berada di Masjidil Haram adalah jemaah dari India dan Pakistan sehingga kita merasakan bahawa merekalah jemaah yang paling besar kuota hajinya, mungkin sangkaan ini betul, tetapi tidak dinafikan jemaah dari Indonesia juga tidak kurang bilangannya. Yang menjadikan mereka kelihatan ramai adalah kerana mereka akan berada di Masjidil Haram sepanjang hari bermula Subuh hingga Isyak tanpa pulang ke hotel, ada juga yang terus bermalam di masjid tanpa pulang. Boleh jadi kerana kedudukan hotel terlalu jauh kerana pakej ekonomi, itupun setelah berhempas pulas dan bergolok gadai ini menyempurnakan rukun Islam kelima. Alhamdulillah jemaah kita lebih bernasib baik berbanding mereka.
Situasi lebih yang menyayat hati ketika tawaf wada` apabila melihat jemaah haji dari India dan Pakistan, bila mereka tawaf wada`, airmata mereka mengalir deras, tangisan mereka macam anak-anak kecil. Kerana apa? Kerana mereka belum tahu bila lagi mereka akan dijemput ke tanah suci lagi. Adapun kita, sentiasa alpa dengan kelebihan dan kesenangan. Semoga Allah mengampuni kita semua.
Selamat Tinggal Makkah
Catatan Haji 1439H
Amani Travel Sdn. Bhd.