Tag Archive for: mina

Jemaah haji Amani Travel 1439H melontar hari 10 Zulhijjah

Saya ditanya berkali-kali mengenai mitos melontar jamrah. Adakah bermakna kita melontar syaitan? Kemungkinan sandarannya berdasarkan hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dgn sanad yang shahih dari Ibnu Abbas ra Nabi saw bersabda:

“Ketika Ibrahim as melakukan ibadah haji, Iblis menampakkan diri di hadapan beliau di jamrah Aqabah, lalu Ibrahim as melempari syaitan itu dengan tujuh batu kerikil, hingga iblis itu pun masuk ke tanah. Iblis itu menampakkan dirinya kembali di jamrah yang kedua, lalu Ibrahim as melempari syaitan itu kembali dengan tujuh kerikil, hingga iblis itupun masuk ke tanah. Kemudian Iblis menampakkan dirinya kembali di jamrah ketiga, lalu Ibrahim pun melempari syaitan itu dengan tujuh kerikil, hingga iblis itu masuk ke tanah. Ibnu Abbas kemudian mengatakan:


الشيطان ترجمون ، وملة أبيكم إبراهيم تتبعون
“Kalian merejam syaitan, tika melempar jamrah kalian mengikuti agama ayah kalian Ibrahim”

Maksud Ibnu Abbas disini ialah, syaitan merasakan sakit dan terhina bila melihat seorang mukmin mengingat Allah dan taat menjalankan perintah Allah dan bukannya bermaksud kita merejam syaitan dengan lemparan batu dan  seolah-olah  syaitan terikat di jamrah untuk kita lontar.

Cuaca yang panas bagai tidak terasa

Menuju kompleks JAmarat dari Khemah Muaisim

Jarak satu hala ke Jamarat lebih dari 2km

 

Allah swt berfirman:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَات
“Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang (Al-Baqarah 203)

Lebih separuh perjalanan melalui terowong dan laluan berbumbung

Jemaah dari pelbagai negara menuju ke jamarat

Jadi, hikmah disyariatkannya melempar jamrah adalah untuk mengingat Allah swt, bukan sebagaimana keyakinan sebahagian jemaah haji yang mengatakan bahawa melempar jamrah adalah dalam rangka merejam syaitan.

Inilah ibadah yg mungkin sukar dimengerti, tetap wajib diimani.

Ceria selepas melontar pada 13 Zulhijjag dan menyempurnakan nafar thani

Ustaz Johari Abdul Wahab

Pembimbing Haji/Umrah Amani Travel Sdn. Bhd.
MINA  1439H

Loading

Hot!

Awas! Panas..

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

Antara kenangan musim haji 1439 ialah cerita tentang kepala paip. Awas! Ianya panas, panas kerana benar-benar panas dan panas kerana menjadi tumpuan ramai. Jika anda melihat kepala paip ini, mungkin tiada apa yang menarik. Tetapi di Mina kepala paip ini yang menjadi kelansungan hidup jemaah haji sepanjang hari-hari tasyriq. Ia adalah sumber air panas yang membolehkan para jemaah menikmati bancuhan teh, kopi dan sebagainya. Mee segera yang tidak di pandang di tanah air menjadi hidangan paling enak hingga ada yang menjadikan kuah untuk makan dengan nasi. Ada juga yang bergurau mengatakan tidak sempurna haji jika tidak makan indomie di Mina. Kami memang dari awal menyedari keperluan ini membawa sedikit bekalan mee segera dari Malaysia, bukanlah untuk sepanjang musim, hanya bekalan sepanjang beberapa hari di Mina.

Selepas makan, minum air panas memang best

Makan nasi berkuahkan Indomie

Setiap maktab di Mina, menguruskan lebih kurang 3000-4000 ribu jemaah. Walaupun khemah bercampur dengan warganegara lain tetapi dapur tetap mengikut region masing-masing. Pada tahun ini kami berjiran dengan jemaah haji dari China, jika kita mengambil air panas untuk bancuh teh, kopi dan mee segera. Mereka rata-ratanya menggunakan air panas dicampur daun segar seperti pudina untuk dijadikan minuman. Katanya untuk menyejukkan badan. Sesuailah dengan cuaca panas di sana yang menjangkau 40 darjah celcius. Setiap kali menukar air panas, daun akan dilambakkan di tempat mengambil air panas.

Dedaunan

Jiran kami di Mina

Ada yang fasih berbahasa Arab

Bila pulang ke tanah air dan melihat kepala paip akan teringatkan suasana di Mina, Indomie dan daun jemaah haji dari China.

Maktab 35 yang menguruskan jemaah haji furada pada tahun 1439H

 

 

Suasana Melontar Jamrah

 

 

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

Catatan Haji 1439H

Amani Travel Sdn. Bhd.

Loading