Posts

 47,519 total views

 47,519 total views

 

Jemaah haji India dan Pakistan

Wajib terakhir sebelum meninggalkan Makkah ialah melakukan tawaf wada`.

Sabda Rasulullah saw:

لاَيَنْفِرَنَّ أَحَدٌ مِنكُم حَتَّى يَكُوْنَ آخِرُ عَهْدَهُ بِالْبَيْتِ

“Janganlah seseorang di antara kamu pulang melainkan mengakhiri ibadah hajinya dengan tawaf di Baitullah” [Hadits Riwayat Muslim dalam sahihnya]

Suasana Tawaf Wada`

Jika anda perasan, kebanyakan jemaah yang berada di Masjidil Haram adalah jemaah dari India dan Pakistan sehingga kita merasakan bahawa merekalah jemaah yang paling besar kuota hajinya, mungkin sangkaan ini betul, tetapi tidak dinafikan jemaah dari Indonesia juga tidak kurang bilangannya. Yang menjadikan mereka kelihatan ramai adalah kerana mereka akan berada di Masjidil Haram sepanjang hari bermula Subuh hingga Isyak tanpa pulang ke hotel, ada juga yang terus bermalam di masjid tanpa pulang. Boleh jadi kerana kedudukan hotel terlalu jauh kerana pakej ekonomi, itupun setelah berhempas pulas dan bergolok gadai ini menyempurnakan rukun Islam kelima. Alhamdulillah jemaah kita lebih bernasib baik berbanding mereka.

Situasi lebih yang menyayat hati ketika tawaf wada` apabila melihat jemaah haji dari India dan Pakistan, bila mereka tawaf wada`, airmata mereka mengalir deras, tangisan mereka macam anak-anak kecil. Kerana apa? Kerana mereka belum tahu bila lagi mereka akan dijemput ke tanah suci lagi. Adapun kita, sentiasa alpa dengan kelebihan dan kesenangan. Semoga Allah mengampuni kita semua.

Selamat Tinggal Makkah

 

 

Catatan Haji 1439H

Amani Travel Sdn. Bhd.

 6,774 total views

 

Bas Maalem dari Masjid Nabawi ke Quba`

Jika di Makkah para jemaah amat digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat dan solat jemaah di Masjidil Haram. Manakala di Madinah, selain solat berjemaah, jemaah juga boleh mengambil peluang ke Masjid Quba’. Biasanya setiap pakej ada menyediakan ziarah ke Masjid Quba’. Tetapi tahukah anda? Sebenarnya jemaah haji mahupun umrah berpeluang pergi ke Masjid Quba’ untuk merebut fadhilat umpama serendah SAR5 untuk sehala perjalanan. Waktunya anda boleh tentukan sendiri, bermula seawal 5.00 pagi hingga 11.00 malam dari Masjid Nabawi.

Masjid Ali Abi Talib RA

Caranya mudah, anda hanya perlu ke gate no 7 (gate bab Salam) berhampiran Masjid Ali bin Abi Tholib. Di sana ada shuttle bus bernama Maalem (warna hijau seperti dalam gambar) ke Masjid Quba’ setiap hari. Bas bergerak setiap 15 minit.

Ada satu lagi pilihan ialah bas Hop On – Hop Off. Destinasinya hingga 11 tempat salah satunya ialah Masjid Quba’. Khidmat ini bukan sehaja ke Masjid Quba’, tetapi menziarahi sekitar Madinah bermula Masjid Nabawi>Al-Baqi’>Al-Manakha Square>Al-Salam Gate>Uhud>Al-Noor Mall>Sultanah Road>Masjid Al-Qiblatain>Khandak>Masjid Quba’>Al-Hijaz Railway Station.

Hanya SAR5 sehala

Route Bas Hoop On Hoop Off

Stesyen Ke 4 Al-Salam Gate

Penerangan tentang pergerakan bas

Ada 11 destinasi semuanya

قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.

Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]

Catatan Haji 1439H

Amani Travel Sdn. Bhd.

 

Jemaah haji Amani Travel yang mencuba sendiri perkhidmatan shuttle ke Quba`

 7,471 total views

Jemaah haji Amani Travel 1439H melontar hari 10 Zulhijjah

Saya ditanya berkali-kali mengenai mitos melontar jamrah. Adakah bermakna kita melontar syaitan? Kemungkinan sandarannya berdasarkan hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dgn sanad yang shahih dari Ibnu Abbas ra Nabi saw bersabda:

“Ketika Ibrahim as melakukan ibadah haji, Iblis menampakkan diri di hadapan beliau di jamrah Aqabah, lalu Ibrahim as melempari syaitan itu dengan tujuh batu kerikil, hingga iblis itu pun masuk ke tanah. Iblis itu menampakkan dirinya kembali di jamrah yang kedua, lalu Ibrahim as melempari syaitan itu kembali dengan tujuh kerikil, hingga iblis itupun masuk ke tanah. Kemudian Iblis menampakkan dirinya kembali di jamrah ketiga, lalu Ibrahim pun melempari syaitan itu dengan tujuh kerikil, hingga iblis itu masuk ke tanah. Ibnu Abbas kemudian mengatakan:


الشيطان ترجمون ، وملة أبيكم إبراهيم تتبعون
“Kalian merejam syaitan, tika melempar jamrah kalian mengikuti agama ayah kalian Ibrahim”

Maksud Ibnu Abbas disini ialah, syaitan merasakan sakit dan terhina bila melihat seorang mukmin mengingat Allah dan taat menjalankan perintah Allah dan bukannya bermaksud kita merejam syaitan dengan lemparan batu dan  seolah-olah  syaitan terikat di jamrah untuk kita lontar.

Cuaca yang panas bagai tidak terasa

Menuju kompleks JAmarat dari Khemah Muaisim

Jarak satu hala ke Jamarat lebih dari 2km

 

Allah swt berfirman:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَات
“Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang (Al-Baqarah 203)

Lebih separuh perjalanan melalui terowong dan laluan berbumbung

Jemaah dari pelbagai negara menuju ke jamarat

Jadi, hikmah disyariatkannya melempar jamrah adalah untuk mengingat Allah swt, bukan sebagaimana keyakinan sebahagian jemaah haji yang mengatakan bahawa melempar jamrah adalah dalam rangka merejam syaitan.

Inilah ibadah yg mungkin sukar dimengerti, tetap wajib diimani.

Ceria selepas melontar pada 13 Zulhijjag dan menyempurnakan nafar thani

Ustaz Johari Abdul Wahab

Pembimbing Haji/Umrah Amani Travel Sdn. Bhd.
MINA  1439H

 11,665 total views

Pages

  • Umrah Hujung Tahun Amani Saver 2022 - 12 Hari 10 Malam

    Harga Mampu Milik Pakej Amani Saver Bermula RM 6,190 Per Pax bilik Berempat (Musim Biasa)

    PerincianWhatsapp Sekarang
  • Umrah Hujung Tahun Safwah Fullboard 2022 - 12 Hari 10 Malam

    Pakej Safwah fullboard dekat dan selesa bermula RM 7190 (Musim Biasa)

    PerincianPertanyaan
  • Umrah Hujung Tahun Movenpick Gold 2022 - 12 Hari 10 Malam

    Harga Mampu Milik Movenpick Gold Bermula RM 7690 Per Pax (Musim Biasa)

    PerincianWhatsapp Sekarang
  • Pakej Umrah Movenpick Gold 2022 - 12 hari 10 Malam

    Harga Serendah MYR 7690 Per Pax (Musim Cuti)

    PerincianDaftar

“Janganlah bersusah payah kecuali ke tiga masjid iaitu Masjid Al-Haram, Masjid Rasul SAW dan juga Masjid Al- Aqsa (Palestin)”

Hadis Sahih Bukhari

SIRI BERKUMPULAN

Umrah / Haji

Umrah Ziarah

Bilangan Hari

12 Hari 10 Malam – Standard

Penginapan

Hotel Berkualiti & Selesa

Harga Pakej

Serendah MYR 6,190 – Ekonomi Musim Biasa

ATURCARA UMUM (Perubahan Mengikut Jenis Pakej )

Hari 1: KL – Madinah


  • Tiba di Madinah
  • Daftar masuk hotel
  • Aktiviti bebas
  • Ziarah dalam Masjid Nabawi (Raudhah Wanita/Lelaki)

Hari 2: (Ziarah Luar Kota Madinah)


  • Masjid Quba’
  • Ladang kurma & membeli belah kurma
  • Jabal Uhud/Bukit Panah
  • Melalui Masjid Qiblatain, Masjid 7 & Medan peperangan Khandaq

Hari 3: (Ziarah Luar Masjid Nabawi)


  • Taman Saqifah Bani Saidah
  • Perkuburan Baqi’ (Lelaki)

Hari 4: (Madinah- Makkah) Umrah 1


  •  Ziarah Wada’
  • Daftar keluar hotel
  • Masjid Bir Ali (Miqat)
  • Daftar masuk hotel Makkah (berpakaian ihram dari hotel)
  • Tawaf & Saie secara berkumpulan & dipandu Mutawwif

Hari 5: (Makkah)


  • Aktiviti bebas

Hari 6: (Ziarah Luar Hudaibiyah Umrah Sunat 2)


  • Ladang Unta
  • Masid Hudaibiah (Miqat)
  • Muzium (tertakluk kelulusan)

Hari 7: (Ziarah Manasek Haji – Umrah Sunat 3)


  • Jabal Thur
  • Jabal Rahmah di Arafah
  • Melalui Mudzhalifah, Mina, Arafah (penempatan Haji)
  • Masjid Ja’ranah (Miqat)
  • Melalui Jabal Nur

Hari 8: (Makkah)


  • Aktiviti bebas

Hari 9: (Makkah)


  • Aktiviti bebas

Hari 10: (Makkah)


  • Aktiviti bebas

Hari 11: (Tawaf Wida’)


  • Bersiap pulang ke Malaysia
  • Daftar keluar hotel
  • Menaiki bas ke Jeddah
  • Berlepas ke KLIA

Hari 12: Jeddah – KL


  • Dijangka Tiba KLIA

Pakej Termasuk


Tiket penerbangan pergi dan balik ekonomi.


10 Malam Pakej Hotel.



Bilik Berempat – Berlima.



Set Beg & Buku Panduan Umrah Percuma (tertakluk jenis pakej)




Pengangkutan Selesa & Berhawa dingin.


Makanan -Tertakluk Pakej.


Takaful Berkolempok.


5 litre.


Umrah 2 Kali (tertakluk kebenaran semasa).

Pakej TIDAK Termasuk


Takaful Peribadi


Bagasi lebihan had.


Perbelanjaan peribadi.

Perincian Harga

PAKEJ SIRI BERKUMPULAN / GROUP SERIES

arga adalah berdasarkan Visa Tourist / Ziarah ( Surcaj Visa akan dikenakan jika ingin guna Visa Umrah)
AMANI SAVER

Harga bermula
B5 : RM6,190
(Musim Biasa)

SAFWAH FULLBOARD

Harga Bermula
B5 : RM7,190
(Musim Biasa)

MOVENPICK GOLD

Harga bermula
B4 : RM7,690
(Musim Biasa)

BILANGAN HARI
(12H10M)
JARAK HOTEL
MEKAH 50 METER
HOTEL MEKAH
5 BINTANG
HOTEL MADINAH
4 BINTANG
(Hotel 3 Bintang)(Hotel 3 Bintang)
MAKAN
3 X MADINAH
MAKAN
3 X MEKAH
(tanpa makan)
(Asian Cuisine Far East)
(Sarapan Sahaja)
FULL SET BEG(Sling Beg sahaja)
SEKTOR
P’NERBANGAN TERUS
SAUDI AIR @ MAS
(KUL/MED/JED/KUL)
(Sektor KUL/JED/KUL)(Sektor KUL/JED/KUL)
MEDICAL CARD COVER UP TO SAR9000
SAUDI INSURANCE COVID PROTECTION
FREE PCR TEST IN SAUDI(kos tanggung sendiri)
Dewasa
(>12 tahun)
Kanak-kanak
(8-11 tahun)
Kanak-kanak tanpa katil (2-7 tahun)Bayi
(> 2 tahun)
Mengikut Jenis PakejRM500 Off Harga PakejRM 750 Off Harga PakejFlight & Visa Only : RM 2000

UMRAH AWAL TAHUN 2023 /1444H

OPEN


UMRAH RAMADHAN – SYAWAL 2022/1443H (BARU)

OPEN


HAJI FURADA 1440H / 2019M

DITUTUP


Pertanyaan? Whatsapp Kami

Telefon : 06 790 7752

Kelebihan Pintu Ismail Yang Jarang Diketahui

Sebaik menjejakkan kaki ke bumi Makkatul Mukarramah, Pembimbing Jemaah Umrah Amani Februari 2019, Ust Johari Abdul Wahab menasihatkan para jemaah untuk memanfaatkan Pintu Ismail semaksimumnya ketika memasuki Masjidil Haram. Menurut beliau,…

Adakah setiap langkah tawaf dikira pahalanya?

Apa yang boleh kita dapati jika kaki kita melangkah? Ada yang inginkan kesihatan dengan berjalan kaki. Ada yang mahukan ketenangan dengan berjalan kaki. Namun, ada orang yang boleh mendapatkan kebaikan yang sangat banyak dengan melangkahkan…

 101,049 total views

 47,519 total views

 47,519 total views