PENDAFTARAN PAKEJ
Bagaimana untuk membuat pendaftaran Pakej / Nyatakan Minat ?
Mudah sahaja, anda boleh daftar terus melalui website kami untuk pendaftaran pakej yang diingini atau hubungi wakil sah agensi kami untuk pendaftaran atas talian / Online.
Adakah syarikat menerima pendaftaran selain daripada pendaftaran atas talian / online ?
Tidak. Harap maaf, semua pendaftaran kami atas talian / online. Sekiranya anda mengalami kesukaran atau masalah untuk mendaftar, anda boleh mengubungi kami secara terus atau menghubungi wakil agensi kami. Mereka boleh menasihati atau mendaftarkan bagi pihak anda.
Bagaimana untuk mengetahui pendaftaran pakej saya telah sah diterima ?
Anda akan menerima SMS rasmi dengan No Rujukan Pelanggan daripada pihak syarikat berserta link rumusan permohonan (cadangan itinerari dan pakej – siri berkumpulan sahaja) sebaik sahaja kami menerima permohonan anda.
Dengan siapa boleh saya berurusan selepas pendaftaran saya diterima ?
Sekiranya anda berurusan dengan wakil sah agensi kami, anda boleh terus berurusan dengan wakil tersebut sehingga selesai urusan pengembaraan anda. Sekiranya anda berurusan terus dengan pejabat urusan, salah seorang pegawai khidmat pelanggan akan berurusan dengan anda.
Saya bercadang untuk pilih pakej Customise / Private Tour / Penyesuaian Sendiri atas faktor keluarga dan privasi. Berapa lama masa diambil untuk mendapatkan maklumbalas harga pakej setelah mendaftar?
Piagam pelanggan kami meletakkan dalam tempoh 48 Jam atau Dua hari bekerja untuk anda mendapatkan maklumbalas harga pakej dan itinerari untuk pakej Customise / Private Tour / Penyesuaian Sendiri . Atau sekiranya tiada sebarang maklumbalas anda boleh menelefon terus atau membalas email permohonan pendaftaran anda.
KONTRAK PAKEJ
Setelah mendaftar atas talian / online, adakah pendaftaran saya telah sempurna ?
Tidak. Pendaftaran anda hanya akan sempurna setelah;
- i) Pembayaran deposit pengesahan diterima.
- ii) Kontrak pakej telah ditandantangani.
Apakah itu kontrak pakej dan mengapa ia penting untuk saya ?
Kontrak pakej adalah dokumen rasmi syarikat yang mengandungi maklumat anda serta pakej yang ditawarkan. Ia juga mengandungi terma-terma dan syarat-syarat penting yang ditetapkan oleh syarikat. Dokumen rasmi ini perlu ditandatangani dan juga di cop oleh syarikat untuk melindungi kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan dimasa akan datang. Anda dinasihati untuk membacanya dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.
Bagaimana untuk saya pastikan saya dilindungi oleh undang-undang sebelum, ketika dan semasa pengembaraan ?
Untuk memastikan anda dilindungi sebaiknya oleh undang-undang, pastikan anda baca dan faham terma-terma dan juga syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak syarikat didalam kontrak pakej yang ditawarkan sebelum menurunkan tandatangan. Sekiranya anda tidak memahaminya, pastikan anda menghubungi pihak kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.