Amani Travel Sdn Bhd
  • Utama
  • Haji
    • Pakej Haji 2025
  • Pakej
    • Umrah
      • Umrah Safwah
      • Umrah Hujung Tahun
      • Umrah Ramadhan | Syawal
      • Umrah Korporat
    • Luar Negara
      • Australia
        • Perth
        • Sydney
        • Melbourne
        • Gold Coast
      • New Zealand
        • North Island
      • Turki
        • Istanbul – Cappadocia
        • Istanbul – Aegean
        • Istanbul – Ankara
      • Eropah
        • Lima Negara
        • Enam Negara
      • Korea
        • Nami Island
        • Jeju Island
      • Indonesia
        • Banda Acheh
      • China
        • Wilayah Xian
    • Dalam Negara
      • Sabah
        • Pulau (Semporna)
        • Kundasang
  • Tarikan (Tiket)
  • Blogs
  • Kenali Kami
    • Latar Belakang
    • Kru Pengurusan
  • Cawangan
    • Lokasi Pejabat
  • FAQ
  • Hubungi
  • Menu Menu
  • Link to Facebook
  • Link to Mail

"*" indicates required fields

1Pakej dan harga
2Maklumat Pendaftaran
3Terma dan syarat
4Semakan

PAKEJ

This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
DD slash MM slash YYYY
This field is hidden when viewing the form
DD slash MM slash YYYY
tarikh jangkaan
DD slash MM slash YYYY
tarikh jangkaan
DD slash MM slash YYYY
Private Trip
DD slash MM slash YYYY
Private Trip
DD slash MM slash YYYY
cth 12H10M
cth Bilik BERDUA, BERTIGA ETC
Hari dan Malam
sila nyatakan dibawah jika ada
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
tertakluk kelulusan
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
Price: RM 0.00
This field is hidden when viewing the form
please wait

MAKLUMAT UTAMA PENDAFTAR

NAMA PENUH*
nombor sahaja tanpa "-"
ALAMAT PENUH*

MAKLUMAT WARIS TIDAK SERTAI

MAKLUMAT LANJUT JEMAAH

SENARAI JEMAAH TURUT SERTA*
NAMA PENUH
NO IC
 
MAKLUMAT AKAUN TH JEMAAH TURUT SERTA*
NAMA PENUH
NO AKAUN TH
 
Jika ada diantara jemaah
Jika ada diantara jemaah
Hanya diisi oleh wakil agensi (jika ada)

PEMBAYARAN

Terma dan syarat pakej Umrah / Haji dan halangan disebabkan jangkitan Covid 19*
Terma & Syarat PENDAFTARAN PAKEJ AMANI TRAVEL SDN BHD

Rujukan Jadual Keempat
(Subperenggan 6(l)(m)(ii))
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN
PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN
(PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN
PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN) 1992
TERMA DAN SYARAT PAKEJ PELANCONGAN KE LUAR NEGERI

Berikut adalah terma dan syarat Rasmi Amani Travel Sdn Bhd ;

1. Deposit Pelancongan
Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar
sebagai syarat penempahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum
tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej
pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan
pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

1.1 Deposit pendaftaran pakej Umrah Amani Travel Sdn Bhd adalah sebanyak RM1000 seorang bagi pakej persendirian atau berkumpulan

1.2 Deposit pakej Haji adalah sebanyak RM17,000 seorang.

1.3 Sekiranya Visa Haji tidak dapat diperolehi oleh pihak syarikat maka pihak syarikat akan memulangkan deposit haji tersebut sepenuhnya tanpa sebarang caj sebelum hari wukuf tahun haji tersebut.

2. Caj Pindaan Pelancongan Pengembaraan Perseorangan (FIT)
2.1. Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)
2.1.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.
2.1.2. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.
2.1.3. Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada
caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej
pelancongan FIT).
2.2. Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
2.2.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh
dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.
2.2.2. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat
apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya,
tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan.
2.2.3. Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.

3. Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan
3.1. Bagi Pakej Pelancongan FIT
3.1.1. Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika
syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh
berlepas, caj pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit
pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.
3.1.2.
Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas caj yang berikut
akan terpakai:

Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
15-29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan | 50% daripada deposit pelancongan
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 20 % daripada tambang pelancongan
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 40 % daripada tambang pelancongan
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan

3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan mengenai promosi tambang
istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang
dinyatakan dalam fasal 3.1.2 I (Catatan: Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk
kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan,
tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan
laluannya. Apa-apa pindaan kepada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh mana-mana
penumpang adalah semata-mata atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya
tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan yang
dilakukan. Walaubagaimanapun, apa-apa bayaran balik yang dibuat oleh mana-mana syarikat
penerbangan untuk pembatalan yang dibuat 2 hari bekerja atau kurang sebelum hari perjalanan
bagi tambang bukan promosi hendaklah dibayar kepada anggota pelancongan selepas
ditolak apa-apa caj pentadbiran yang ditanggung oleh syarikat pelancongan).

3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
3.2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika
syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh
berlepas, caj pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang
pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

3.2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang
berikut akan terpakai:

Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan | Perlucutan hak deposit
5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan

3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa
hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam
fasal 3.2.2. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan
Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan
semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang
pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri.
Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang
timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung).
*perlucuthakan- kehilangan hak deposit
3.1.4 Caj pindaan bagi pakej berkumpulan akan dikenakan kepada pelanggan sebanyak RM300 sekiranya 45 hari
bekerja sebelum tarikh pelepasan. Sekiranya kurang daripada 45 hari, sebarang pertukaran tertakluk kepada
perkara 3.2.2 iaitu mengikut terma pembatalan pakej tersebut.
4. Pembatalan Oleh Syarikat
4.1. Pakej Pelancongan FIT
4.1.1. Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok,
rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
4.1.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama
atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuska untuk tidak menerima pelancongan
alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas
ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.

4.2. Pakej Pelancongan Berkumpulan
4.2.1. Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan
atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
4.2.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau
pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan
alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas
ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.
4.2.3. Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan
penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau
penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar
pampasan seperti yang
berikut :

Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan RM50
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan RM75
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan RM100

5. Dokumen Perjalanan
5.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan
Anggota pelancongan mestilah mempunyai :
(a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi
tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal
(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak
berkuasa negara yang hendak dilawati

5.2. Tanggungjawab Syarikat
Syarikat mengaku janji untuk :
(a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan
(b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.
5.3. Fi dan Caj Yang Relevan
Caj perkhidmatan dan caj visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.
5.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan
Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang
pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.
5.5. Penolakan Kemasukan
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa
perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana
anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa
imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen
perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap
oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
6. Maklumat Lawatan dan Harga
(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan
senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran
yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel,
kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak
menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum
pengesahan pelancongan dibuat.
(2) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:
(a) i) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan
apa-apa cukai yang terpakai.
ii) Tiket kapal terbang kelas perniagaan adalah tertakluk kepada harga serta kekosongan semasa. Oleh sebab itu pihak syarikat boleh menarik semula tawaran kelas perniagaan tersebut jika sekiranya tiada kekosongan ataupun pelanggan tidak bersetuju dengan harga semasa yang ditawarkan dengan memulangkan semula wang yang telah dibayar oleh pelanggan.
(b) Penginapan hotel, berdasarkan:
(i) dasar berkongsi (dua orang sebilik) ;
(ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian - orang itu hendaklah membayar
tambahan seorang); dan
(iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama).
Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang
berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan. Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana
yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi
12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.
(c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan
dalam jadual perjalanan.
(d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.
(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:
(a) Dobi;
(b) Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;
(c) Rombongan pilihan;
(d) Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan
(e) Semua perkara persendirian.
*berwaad- mengikat perjanjian
7. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota
berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar,
pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi
tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.
8. Bagasi
Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan
syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara
satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi
bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati
penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan
insurans yang mencukupi.
9. Kemungkinan Pertukaran
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan
bersiar-siar, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan
alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.
10. Hak Untuk Menolak Penempahan
Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau
tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan
seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan
atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain
dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab,
mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana
peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab
adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang
telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan caj perkhidmatan
serta pembatalan.
11. Tanggungjawab Syarikat
Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang
disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang
ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai
yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat,
Persuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam
brosur dan perjanjian.
12. Insurans Perjalanan
Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri
mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau
kehilangan bagasi.

//////////

TERMA DAN SYARAT KHUSUS PAKEJ PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN AMANI TRAVEL SDN BHD SEWAKTU PANDEMIK COVID 19 BAGI UMRAH DAN HAJI

Disebabkan oleh situasi pandemik COVID 19 melanda seluruh dunia, syarikat agensi pelancongan dan pengembaran juga terikat dengan akta pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit 1998 pindaan 2020 dan juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh setiap negara yang akan dilawati.

Menurut akta industri pelancongan peraturan-peraturan industri pelancongan (perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan) 1992 Terma dan syarat PAKEJ PELANCONGAN KE LUAR NEGERI

Perkara 5 Dokumen Perjalanan

5.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan
Anggota pelancongan mestilah mempunyai :
(a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi
tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal
(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak
berkuasa negara yang hendak dilawati

5.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan
Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang
pelancongan selepas ditolak caj pentadbiran akan dibayar balik.

5.5. Penolakan Kemasukan
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa
perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana
anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa
imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen
perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap
oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan sepenuhnya untuk memastikan telah lengkap vaksinasi dan sentiasa memastikan tahap kesihatan yang baik sebagai syarat untuk kemasukan ke negara tersebut sentiasa dipenuhi sebelum, ketika dan habis tempoh pengembaraan.

Sekiranya terhalang untuk meneruskan pengembaraan kerana telah disahkan positif COVID19 pada hari pengembaraan, bermakna anda tidak dapat memenuhi perkara 5.1(b), 5.4 dan 5.5 (sebab-sebab lain). Oleh sebab itu, pihak syarikat sama sekali tidak akan membenarkan anda untuk meneruskan pakej pengembaraan disebabkan oleh halangan tersebut.

Oleh sebab itu, pihak syarikat hanya boleh memulangkan baki tambang pelancongan setelah menolak semua tambang pelancongan yang telah hangus iaitu
i) Tambang kapal terbang pergi balik
ii) Caj tempahan penginapan hotel dan juga makanan sepanjang perjalanan mengikut pakej yang ditawarkan
iii) Pengangkutan bas atau kenderaan seperti yang ditawarkan

dan juga caj urusan pentadbiran.

Pihak syarikat akan memaklumkan secara bertulis untuk proses pemulangan baki tambang pelancongan disebabkan oleh halangan tersebut.

Anda dinasihatkan untuk membuat kawalan kendiri yang ketat dan mematuhi SOP pencegahan penyakit berjangkit seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya dua ke tiga minggu sebelum penerbangan.


*TANDATANGAN SETIAP JEMAAH (PAKEJ HAJI SAHAJA)

















Tandatangan :
Nama :
IC :
Tarikh :
{all_fields}
This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
This field is hidden when viewing the form
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Amani Travel Sdn Bhd

Amani Travel Sdn Bhd merupakan syarikat agensi pelancongan berdaftar di bawah kementerian pelancongan dengan kru pengurusannya adalah 100 % muslim dan bumiputra. Baca Lagi

Hubungi Kami

Alamat: No 34 A Jalan Dahlia 6/2, Impian Avenue, Nilai Impian, 71800 Nilai Impian, Negeri Sembilan
Email: customercare@travelamani.com
Tel: 06 790 7752

Lesen No : KPK/LN 8255 (IOT)

KPK/LKU/SUB 0542

Polisi

  • Sila baca polisi syarikat kami di SINI
  • Sila kunjungi bahagian soalan lazim (FAQ) kami di SINI

Keahlian

HAJI UMRAH

Dunia Kembara

© Hakcipta Terpelihara Amani Travel Sdn Bhd 2024. Securely encrypted for safe browsing
  • Link to Facebook
  • Link to Mail
  • Polisi Terma & Syarat Perjanjian
  • Soalan Lazim (FAQ)
  • Hubungi Kami
Scroll to top Scroll to top Scroll to top