Nak Melancong Australia kene ada Visa Melancong ke ?

Pasti ramai tertanya-tanya, bagaimana untuk membuat Permohonan Visa Pelancongan Australia (ETA Visa) dan mengapa banyak kes atau sebahagian daripada visa pelancongan atau ETA (Electronic Travel Authority) untuk pelancong daripada Malaysia ditolak ?

Ikuti Soal Jawab dibawah untuk memudahkan urusan visa pelancongan anda ! :  )

 

  1. Adakah saya perlukan visa untuk melancong ke Australia ?

Jawapan : Ya, sekiranya anda daripada Malaysia, anda WAJIB membuat permohonan Visa Pelancongan Australia / ETA Visa (Electronic Travel Authority Australia) untuk sebarang aktiviti pelancongan di Australia. Anda boleh mohon secara terus melalui imigresen  australia secara online (Caj 20 AUD ~ RM 65) ! .  Hanya info Passport sahaja yang diperlukan serta pembayaran menggunakan kad kredit / visa (untuk permohonan online)

Permohonan Melalui online ETA Australia (Caj 20AUD ~ RM65)

ATAU

Anda juga boleh membuat ETA Visa melalui Travel Agency berlesen seperti Jalan-Jalan Australia (Caj hanya RM 25) Sahaja !!!. Kelulusan ETA Visa Pelancongan Australia akan mengambil masa sepantas tempoh 12 jam atau 24 jam setelah permohonan lengkap dihantar (Pembayaran diselesaikan & Maklumat Passport diberikan).

ETA Visa yang berjaya dikeluarkan oleh Jalan-Jalan Australia

Gambar Info Passport yang diperlukan Oleh Travel Agensi

 

MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG

 

  1. Apakah ada JAMINAN ETA Visa Pelancongan Australia saya akan diluluskan 100 % dan apa yang perlu saya lakukan jika visa ETA Visa dipohon melalui online atau Travel Agensi ditolak oleh Pihak berkuasa Imigresen Australia ?

Jawapan : Malangnya, TIADA sebarang jaminan permohonan anda akan diluluskan 100% ! Kebenaran kelulusan Visa Pelancongan Australia (ETA Visa) adalah 100% bergantung kepada ‘budibicara’ Pihak Berkuasa Imigresen Australia setelah permohonan lengkap secara elektronik dibuat secara online atau melalui Travel Agensi berlesen. Travel Agensi hanya membuatkan permohonan elektronik bagi pihak anda melalui Sistem Permohonannya.

Untuk pengetahuan anda, adalah menjadi hak mutlak Pihak Berkuasa Imigresen Australia untuk menolak mana-mana permohonan ETA Visa anda dengan alasan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci (Further Background Check) berkaitan aktiviti pelancongan anda ke Australia (You must be able to prove that you are genuine Tourist when asked) melalui rayuan yang akan dibuat oleh pemohon ke Imigresen Australia apabila ETA Visa DITOLAK.

Sekiranya permohonan ETA Visa anda ditolak, anda hendaklah segera  membuat rayuan PERSENDIRIAN (in person – Mana-mana Travel Agensi TIDAK lagi dapat membantu bagi pihak anda di peringkat ini). Hantarkan rayuan permohonan anda bersama-sama dengan dokumen sokongan melalui email ke etakl@dfat.gov.au.(Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk ke Pejabat High Commission Australia di Malaysia tanpa sebarang temu janji !) . Sila rujuk link di bawah tersebut untuk garis panduan ! ;

https://malaysia.highcommission.gov.au/klpr/ETA.html#High%20Commission

 

  1. Saya akan pergi lagi dua minggu atau lagi beberapa hari sahaja lagi untuk ke Australia, tetapi visa ETA masih belum diluluskan setelah rayuan dibuat : (.

Jawapan : Anda dinasihatkan untuk merancang dan memohon visa ETA sekurang-kurangnya 3 bulan awal. Rayuan permohohonan Visa anda HANYA akan dilayan jika anda ada alasan yang sangat mendesak sahaja (Imigresen Australia telah menetapkan bahawa kelewatan memohon visa pada saat akhir sebelum pengembaraan anda untuk semua JENIS permohonan visa adalah dalam kategori BUKAN MENDESAK dan tidak akan dilayan sama sekali untuk dipercepatkan semakan rayuan!)

4. Ada cara lain untuk percepatkan permohonan Visa atau ada lagi alternatif lain untuk dapatkan Visa Pelancongan Australia ?

Jawapan : Sebenarnya tiada sebarang jaminan permohonan atau rayuan anda akan dipercepatkan kerana masa untuk meluluskan / membenarkan rayuan permohonan anda bergantung juga kepada bilangan permohonan yang diterima oleh imigresen Australia. Ini termasuk juga faktor kepentingan visa tersebut untuk disemak dengan kadar segera. Bayangkan sehari berapa puluh ribu permohonan diterima seluruh dunia , termasuk rayuan anda yang perlu diluluskan dan disemak ? Walau bagaimanapun, kami mencadangkan seperti berikut sebagai langkah alternatif atau plan B

  • Anda boleh buat permohonan Visitor Visa (Plan B) secara online untuk Visitor Visa Sub class 600 dengan caj permohonan sebanyak 140 AUD. Visa ini boleh dibuat serentak dengan permohonan ETA atau ketika anda membuat rayuan ETA yang ditolak.
  • Anda dinasihatkan untuk menunujukkan baki simpanan dalam bank dengan sejumlah yang banyak (~RM15k- RM 20k) dan buktikan bahawa anda telah merancang semua perjalanan anda ke Australia dengan baik (Itinerari perjalanan, tempahan hotel, pengangkutan dll).
  • Anda boleh membuat permohonan Visitor Visa Subclass 600 SENDIRI secara online di pautan berikut – https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/600-/Visitor-e600-visa-online-applications
  • Atau hubungi VSF Global untuk membuat temu janji untuk permohonan visa tersebut. Rujuk pautan berikut ; http://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/visitor_visa.html
  • Harga ‘base application’ / permohonan asas adalah sebanyak 140 AUD (Akan ada caj tambahan sekiranya pengesahan biometric diperlukan)
  • Kebiasaan Visitor Visa Subclass 600 ini akan LEBIH CEPAT disemak oleh imigresen Australia (Bergantung juga sepantas mana anda menyediakan & memberikan dokumen yang diperlukan serta nampak meyakinkan !)

 

Peringatan : Akhir-akhir ini ramai penduduk Malaysia yang ke Australia bukan untuk melancong tetapi untuk bekerja secara illegal / haram menggunakan Visa Pelancongan/ ETA . Statistik tahun 2018 menunjukkan Malaysia terletak ditangga pertama pemegang visa yang kerap tinggal melebihi tempoh visa yang ditetapkan di Australia ! : (. Adalah Menjadi tanggungjawab kerajaan dan imigresen Australia untuk lebih ketat menyaring permohonan visa pelancongan daripada Malaysia. Pastikan anda benar-benar ke Australia dengan visa ETA hanya untuk melancong…

Semoga dipermudahkan perjalanan anda dan selamat merancang ! : )

Selamat Jalan-Jalan Australia

MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG !

MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG !

MOHON ETA VISA PELANCONGAN AUSTRALIA ANDA DISINI SEKARANG !

Oleh :

There’s Nothing Like Straya

 

Loading

4 replies
    • Anas Yusof
      Anas Yusof says:

      Salam,

      Terima kasih atas pertanyaan. Sekiranya permonan ETA anda di tolak , sila ikut garis panduan berikut untuk rayuan permohonan ETA melalui email ;

      ETA application (by email) requirements
      To lodge an application for an ETA by email, you will need to provide:

      A completed ETA Additional Information Request Form (download the form here); and
      A copy of your passport biodata page (the page with the passport holder’s details and photo); and
      Information to show you genuinely intend to visit Australia temporarily for tourism or business visitor activity purposes only. You should provide:
      Information about the reason for your visit to Australia including information about your intended stay and activities. Please provide any evidence of arrangements (such as accommodation bookings or airfares, noting you should not finalise such arrangements until you have received a visa).
      You must provide a list of your immediate family members (including full names, dates of birth and their relationship to you). Immediate family members include partners, children, parents and siblings.
      A list of other travelling companions (including full names, dates of birth and relationship to you).
      A list of family, friends and contacts in Australia (including full names and dates of birth). Please indicate if they are Australian citizens or permanent residents. If not, please indicate their visa status and reason for their stay in Australia.
      Bank statements showing at least the previous three months’ salary payments.
      Evidence of your employment / commitments that demonstrate your intention to return. This could be:
      An employer statement indicating your annual salary and approved leave, or
      If you and/or your sponsor are self-employed, business registration documents and financial records for the business (such as recent bank statements and tax statements), or
      Other evidence of incentives to return such as ongoing education or other commitments in your home country.
      If you are not employed, please provide other evidence of from the person who supports you (including evidence of your relationship with that person).

      Email the required information to etakl@dfat.gov.au. Do not send us multiple emails as this may delay your application.

      Emails should not exceed 5MB (messages that exceed size limits will be rejected by email servers).
      Please send one email per application.
      Quote your passport number in the subject line of your email.

      https://malaysia.highcommission.gov.au/klpr/ETA.html#ETA%20Requirements

      SEKIRANYA TIDAK BERJAYA JUGA SILA MOHON VISITOR VISA Subclass 600 secara online di pautan berikut

      https://immi.homeaffairs.gov.au/visas/getting-a-visa/visa-listing/visitor-600/tourist-stream-overseas

      Terima kasih

      Reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *