Sabeel di Tanah Haram
Sabeel daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud jalan, jika di Tanah Haram sabeel ialah istilah yang sinonim memberi orang makan di jalanan. Ini bermaksud kita membeli makanan di kedai dan mengedarkannya kepada orang yang lalu lalang balik dari masjid. Cuma untuk lebih memudahkan, kita hanya membayar kepada kedai dan mereka uruskan untuk edaran. Sebaiknya jika ada masa, tunggu dan lihat makanan yang diedarkan.
Makanan yang disediakan bermula SAR4 hinggalah SAR10, hidangan dari seringkas sandwich dan air kotak sehinggalah nasi, separuh ayam dan air kotak bergantung kepada pakej yang kita pilih. Siapa yang akan makan nanti? Jangan risau, jemaah yang dalam perjalanan pulang dari masjid akan berebut mengambil makanan yang diedarkan. Kebanyakan jemaah dari Afrika, India, Pakistan, Mesir dan ada juga jemaah Malaysia yang kadang-kadang kebetulan lalu yang di situ.
Jika nak diceritakan tentang fadhilat, memang memberi orang makan merupakan sunnah Rasulullah sallahu alaihi wasallam dan kita amat digalakkan menurutinya. Kita petik salah satu hadith yang mafhumnya berbunyi: ” Sebarkanlah salam, dan jamulah orang makan..”
Rasulullah sallahu alaihi wasallam juga mengajarkan kepada kita mendoakan kepada orang yang menjamu makanan.
اللّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي
“Ya Allah, berilah makan orang yang memberi ku makan, berilah minum orang yang memberiku minum” (HR. Muslim 2055).
Beruntunglah orang yang menjamu orang lain makan, mendapat ganjaran mengikut sunnah dan lebih beruntung jika didoakan mereka yang diberikan makanan kerana yang dimaksudkan di dalam doa tersebut ialah makanan di syurga kelak.
Catatan Haji 1439H
Amani Travel Sdn. Bhd.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!