Adakah setiap langkah tawaf dikira pahalanya?
Apa yang boleh kita dapati jika kaki kita melangkah?
Ada yang inginkan kesihatan dengan berjalan kaki. Ada yang mahukan ketenangan dengan berjalan kaki.
Namun, ada orang yang boleh mendapatkan kebaikan yang sangat banyak dengan melangkahkan kakinya.
Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda;
لَا يَضَعُ قَدَمًا وَلَا يَرْفَعُ أُخْرَى إِلَّا حَطَّ اللَّهُ عَنْهُ خَطِيئَةً وَكَتَبَ لَهُ بِهَا حَسَنَةً
“Tidakklah seseorang yang melakukan tawaf meletakkan salah satu kakinya, dan mengangkat kaki yang lainnya melainkan Allah akan hapuskan satu kesalahannya dengan langkah tersebut, dan dituliskan baginya satu kebaikan.” [Sunan At-Tirmizi]
Apabila melakukan tawaf, jika ramai orang, kita akan berjalan dengan perlahan. Langkah kaki pula lebih pendek. Masa untuk tawaf lebih panjang daripada waktu biasa.
Begitu juga, jika kita tawaf sedikit jauh daripada Kaabah.
Jangan rasa terganggu. Lebih banyak langkah, lebih banyak pahala dituliskan. Lebih banyak langkah, lebih banyak dosa dihapuskan.
Credit: ARAR
#arar
LIHAT PAKEJ UMRAH HUJUNG TAHUN DI SINI
LIHAT PAKEJ UMRAH HUJUNG TAHUN DI SINI
LIHAT PAKEJ UMRAH HUJUNG TAHUN DI SINI
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!