Binatang comel istimewa ini wujud di satu-satunya negara istimewa sahaja didunia iaitu benua Australia. Kalau jumpa pasti nak dipeluk-peluk ! : ) Memang comey

Koala – ‘Beruang’ Comel Australia ini Senyum Sokmo Kredit to : National Geo

 

Dikenali sebagai Koala Bear atau nama saintifiknya ‘ Phascolarctos cinereus‘  binatang ini bukanlah beruang yang sebenar walaupun nama dan rupanya seolah-olah beruang.

Kenapa ?

Binatang ini tergolong dalam kategori Marsupial atau binatang berdarah panas yang dilahirkan tidak matang untuk terus berdikari dan memerlukan penjagaan di dalam ‘poket’ ibunya sehingga berumur 6 bulan dan kemudian melekat dibelakang ibunya sehingga umur setahun.

 

Anak Koala berumur kurang daripada 6 bulan akan duduk di Poket ibunya. Haa bukan Kangaroo ja ada “Special Poket” ni sebenarnya

Menariknya binatang ini tergolong dalam spesis herbivore (makan tumbuhan hijau) & hanya aktif kurang 6 jam sahaja sehari … selebihnya tidur selama 18 jam. Koala ni waktu makan pada bila-bila masa sahaja pada siang hari… tetapi lebih suka makan pada waktu malam. Nasib lah ya kalau pergi Wildlife Park Koala yang anda jumpa Zzzz….

Koala sebenarnya sangat memilih dan cerewet bab makanan.. mereka sangat suka makan daun pokok eucalyptus (lebih 400 jenis pokok ini ada di Australia) dan akan jadi sedikit agresif jika tidak dapat daun tersebut.

Menariknya, walaupun perut Koala boleh makan apa sahaja jenis tumbuhan, tetapi mereka memilih untuk makan daun tersebut walaupun daun tersebut sangat toksik dengan nutrisinya yang sedikit dan boleh membunuh jika dimakan berlebihan oleh haiwan lain !

Koala juga mendapatkan sumber air hanya dengan air yang terkandung dalam daun eucalyptus. Itu sahaja sudah mencukupi bagi mereka. Mereka hanya akan turun daripada pokok untuk air sekiranya terdesak dalam cuaca kemarau tetapi ia akan mendedahkan mereka kepada bahaya kepada serangan pemangsa.

Jarang dapat dengar Suara Teriak Koala.. Maklumlah mereka ni biasanya senyap je

 Sekiranya anda ke Australia untuk melancong, boleh lah merancang untuk ke mana-mana National Park atau Wildlife Park di Australia, jangan lepaskan peluang untuk swafoto bersama mereka.

 

Bergambar bersama binatang ‘Cute’ ini di Sydney Featherdale Wildlife Park

Koala Aktif – Boleh Melompat tau ! : )

 

Antara senarai Zoo dan Wildlife Park Popular di Australia untuk melihat binatang istimewa ini adalah,

Sydney – NSW

Featherdale Wildlife Park

Australian Reptile Park

Taronga Zoo

Melbourne – VIC

Ballarat Wildlife Park

Moonlit Sanctuary

Gold Coast – QLD

Currumbin Wildlife Sanctuary

Adelaide – SA

Cleland Wildlife Park

Perth – WA

Caversham Wildlife Park

kalau ada rezeki, anda boleh lihat  binatang ini bebas hidup di park-park di sekitar Australia atau di tepi-tepi highway (Freeway)

Tag dan kirimkan gambar swafoto anda bersama binatang comel ini

Oleh

 20,909 total views,  23 views today

Facebook Comments
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *