Kelebihan Pintu Ismail Yang Jarang Diketahui
Sebaik menjejakkan kaki ke bumi Makkatul Mukarramah, Pembimbing Jemaah Umrah Amani Februari 2019, Ust Johari Abdul Wahab menasihatkan para jemaah untuk memanfaatkan Pintu Ismail semaksimumnya ketika memasuki Masjidil Haram. Menurut beliau, banyak kelebihan pintu ini yang jarang diketahui ramai.
Antara kelebihan Pintu Ismail ini adalah ianya menjadi pintu keluar dan masuk para Imam. Jemaah berpeluang melihat Imam Masjidil Haram dengan lebih dekat dan memerhatikan bagaimana Petugas Masjid mengiring masuk dan keluar para Imam.
Selain itu, disebabkan kelebihan pahala luar biasa, Ust Johari sering mengingatkan para jemaah untuk tidak sesekali meninggalkan solat jenazah yang akan dilakukan setiap kali selesai solat fardhu. Beliau sendiri juga jarang sekali ketinggalan untuk mengusung jenazah yang telah disolatkan untuk diangkat ke kenderaan masjid sebelum dihantar ke tanah perkuburan. Malah, beliau akan sering kelihatan mengusung jenazah yang pertama di barisan hadapan sekali.
Pembimbing sering mengingatkan jemaah akan sebuah hadith daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, Nabi sallaAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ، وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ ”. قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ ” مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ ”.
“Sesiapa yang menyaksikan jenazah sehingga dia mensolatkannya, maka dia akan memperolehi 1 qirath. Sesiapa yang menyaksikan jenazah sehingga jenazah dikebumikan, maka dia mendapat 2 qirath. Baginda ditanya, ‘Apakah 2 qirath itu?’ Baginda menjawab, ‘Seumpama 2 gunung yang besar.’”
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, no: 1325; Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, no: 945]
Semalam, para jemaah berpeluang mengusung jenazah di dalam pakaian ihram. Hari ini, para jemaah berpeluang mengusung jenazah dari Malaysia.
Agaknya, siapa pula yang akan mengusung kita nanti?
#AmaniTravel
[TRIP UMRAH]
#Umrah dan ziarah trip 10 Feb bimbingan Ustaz Johari Abdul Wahab.
#UMRAH bersama Amani Travel. Lihat pakej kami di
https://www.amanitravel.com.my/umrahhujungtahun/
https://www.amanitravel.com.my/umrahhujungtahun/
https://www.amanitravel.com.my/umrahhujungtahun/
Atau hubungi kami di whatsapp
http://daftarkanumrah.wasap.my/
http://daftarkanumrah.wasap.my/
http://daftarkanumrah.wasap.my/
Amani Travel
Teman Kembara Ibadah Anda
Alhamdulillah, syukur kerana ramai berpeluang utk menjadi tetamu Allah dengan sebab kewujudan travels agensi seperti kita.