Dapat Pahala Umrah dengan 5 Riyal
Jika di Makkah para jemaah amat digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat dan solat jemaah di Masjidil Haram. Manakala di Madinah, selain solat berjemaah, jemaah juga boleh mengambil peluang ke Masjid Quba’. Biasanya setiap pakej ada menyediakan ziarah ke Masjid Quba’. Tetapi tahukah anda? Sebenarnya jemaah haji mahupun umrah berpeluang pergi ke Masjid Quba’ untuk merebut fadhilat umpama serendah SAR5 untuk sehala perjalanan. Waktunya anda boleh tentukan sendiri, bermula seawal 5.00 pagi hingga 11.00 malam dari Masjid Nabawi.
Caranya mudah, anda hanya perlu ke gate no 7 (gate bab Salam) berhampiran Masjid Ali bin Abi Tholib. Di sana ada shuttle bus bernama Maalem (warna hijau seperti dalam gambar) ke Masjid Quba’ setiap hari. Bas bergerak setiap 15 minit.
Ada satu lagi pilihan ialah bas Hop On – Hop Off. Destinasinya hingga 11 tempat salah satunya ialah Masjid Quba’. Khidmat ini bukan sehaja ke Masjid Quba’, tetapi menziarahi sekitar Madinah bermula Masjid Nabawi>Al-Baqi’>Al-Manakha Square>Al-Salam Gate>Uhud>Al-Noor Mall>Sultanah Road>Masjid Al-Qiblatain>Khandak>Masjid Quba’>Al-Hijaz Railway Station.
قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.
Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]
Catatan Haji 1439H
Amani Travel Sdn. Bhd.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!