Cerita Nasi Bungkus

 

Beberapa hari di Masyair (Mina , Arafah dan Mudzalifah) amat mencabar, bilangan manusia yang ramai cuaca yang panas, ruang dalam khemah yang terbatas, tandas yang terhad, makanan sekadar ada. Ini semua pastinya menguji kesabaran para jemaah. Dan pastikan kenangan ini yang paling kuat dalam ingatan jemaah haji. Apalah maknanya haji jika tanpa ada kesukaran, ianya telah dapat dijangka. Tetapi sebagai hamba Allah kita tetap menyahut seruan menjadi tetamuNya.

Sambil bersuai kenal

Makan di khemah Mina

Buah-buhan adalah menu wajib setiap kali makanan dihidangkan

Nak lebih nikmat, pastikan tong oren sentiasa di refill dengan ais dan masukkan air mineral dan air kotak

Dalam satu hadith Qudsi, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya bermaksud: “Lihatlah kepada orang-orang yang menziarahi rumah-Ku, sesungguhnya mereka telah mengunjungi-Ku, hingga kusut masai keadaannya dan penuh debu.” (riwayat al-Hakim bersumber daripada Abu Hurairah).

Albaik mesti cuba

Sesekali makan bungkus di Apartment Aziziyah. Nasi Lemak Sotong.

Sesekali makan bungkus di Apartment Aziziyah. Bubur Nasi.

Walaupun panjang, jangan sesekali menyerah kalah

Nugget Ayam Albaik

Satu lagi pilihan nasi arab ialah Restoran Ridan. Pasti tidak mengecewakan

Nikmat selepas balik dari Mina

Di Apartment Aziziah yang tidak jauh dari Restoran Hadramawt

Digambarkan mereka yang melaksanakan ibadah haji dengan kusut masai dan berdebu bermaksud jemaah yang melaksanakan ibadah haji pastikan menempuh segala kesukaran, susah payah dan segala macam dugaan sebelum dapat menyempurnakan ibadah mereka. Bercerita tentang saat saat sukar, mungkin ada jemaah yang mengimbau nasi bungkus di Arafah mahupun Mina. Kadang-kadang makanan yang dihidangkan tidak ada rasa (bergantung kepada dapur yang menyediakan makanan). Tidak dapat dinafikan, bilangan jemaah yang terlalu ramai akan menyukarkan pihak maktab menyediakan hidangan yang terbaik. Bagi jemaah yang meletakkan matlamat yang lebih besar dalam mengejar kemabruran haji, ianya bukanlah suatu yang sepatutnya menjejaskan fokus ibadah. Tambah baik sahaja menu anda dengan sos cili, kicap manis, serunding, sambal tempe ikan bilis dan sebagainya. Ada juga yang kreatif menjadikan kuah mee segera sebagai penambah rasa dalam makanan.

Hidangan di Hajar Movenpick, Makkah.

 

Beberapa hari mengadap nasi bungkus di Mina dan Arafah menjadikan ianya memori indah yang sentiasa terpahat di ingatan. Sesungguhnya bersama kepayahan adalah kesenangan.

Hidangan di Hajar Movenpick, Makkah.

Hidangan di Hajar Movenpick, Makkah.

Hidangan di Hajar Movenpick, Makkah.

Hidangan di Hajar Movenpick, Makkah.

Thumbs Up

Lunch Time

The Oberoi, Madinah

The Oberoi, Madinah

Catatan Haji 1439H
Amani Travel Sdn. Bhd.

DAFTAR HAJI FURADA 1440H DI SINI

DAFTAR HAJI FURADA 1440H DI SINI

DAFTAR HAJI FURADA 1440H DI SINI

Loading

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *