AMALAN-AMALAN UMRAH MENGIKUT SURI TAULADAN SUNNAH NABI

 Ihram      –       Towaf         –        Sa’ei       –      Cukur (lelaki) @ gunting(Wanita)

Ikuti cara mudah berikut untuk Melakukan Ibadah Umrah

1. Apabila BERIHRAM yaitu niat masuk dalam ibadah… Sunnah untuk orang yang hendak melaksanakan umrah mandi seperti mandi junub , memakai wangian paling harum di kepala dan janggutnya , tidak mengapa jika ia kekal selepas ihram…berdasarkan hadith dalam sohehain dari ‘Aisyah r.a beliau berkata

” Nabi saw apabila hendak melaksanakn umrah Baginda memakai wangian yg paling harum, kemudian aku melihat kesan wangian pada kepala dan janggut Baginda selepas itu”

Mandi ketika ihram sunat untuk lelaki dan wanita termasuk perempuan yang haidh dan nifas… ini kerana Baginda pernah menyuruh Asma’ binti Abu ‘Umais ketika beliau beranak melahirkan Muhammad bin Abu Bakar di Zul Hulaifah pada zaman haji wada’ lalu Baginda bersabda

” Kamu mandilah, pakailah tuala wanita dan lakukan ihram” HR Muslim dari Jabir r.a.

2. Kemudian selepas mandi dan mengenakan wangian, hendaklah memakai pakaian ihram, sarung dan kain meliputi tubuh untuk lelaki manakala perempuan boleh memakai apa saja pakaian yg tidak berhias, tidak memakai niqab, tidak menyarungkan 2 tangan.
Kemudian masing-masing menunaikan solat fardhu jika tiba waktunya, jika tidak solat 2 rakaat sunat wudhu.
Setelah selesai solat,hendaklah mengucapkn talbiyyah….

لبيك عمرة، لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك.

Ini adalah talbiyyah Nabi… kadang-kadang ditambah
لبيك إله الحق لبيك

Sunnah untuk golongan lelaki mengangkat suara kerana terdapat hadith as Sa’ib bin Khallad r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda

” Aku didatangi oleh Jibril lalu menyuruhku supaya memerintah para sahabatku mengangkat suara mereka dengan ucapan Tawheed dan talbiyyah ” HR lima orang Imam.

3. Mengangkat suara dengan ucapan talbiyyah- adalah menzahirkan syi’ar-syiar Allah dan mengisytiharkn Tawheed…Adapun wanita maka tidak boleh mengangkat suara ketika talbiyyah atau membaca zikir-zikir yang lain. Maksud ucapan talbiyyah ialah ” Kami menyahut panggilanMu ya Rabb dan tetap untuk mematuhiMu…Ini kerana Allah menyeru hamba-hamba Nya diatas lidah dua Nabinya.

Salaam keatas kedua-duanya.

: { وَأَذِّن فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميِقٍ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميِقٍ لِّيَشْهَدُواْ مَنَـفِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُواْ اسْمَ اللَّهِ فِى أَيَّامٍ مَّعْلُومَـتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ الاٌّنْعَامِ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }.

Jika sekiranya orang yang ingin melaksanakan umrah bimbang adanya halangan menyekat dari menyempurnakan ibadahnya sakit atau sebab-sebab lain,
Makan disunatkan membuat syarat ketika niat ihram dengan mengucapkan;

« إن حبسني حابس فمحلي حيث حبستني»، أي : إن منعني مانعٌ من إتمام نُسكي

Jika ada perkara yang menghalangiku maka aku akan tahallul dimana aku terhalang.

Patut bagi orang yang sedang berihram memperbanyakkan ucapan talbiyyah kerana ia merupakan syiar dalam bentuk ucapan khususnya ketika masa atau keadaan berubah seperti naik ke tempat tinggi, menuruni cerun, tibanya waktu malam atau siang hari…Hendaklah diteruskan ucapan talbiyyah bermula niat ihram sehingga memulakn tawaf…

 

4. Ketika haji sehingga melontar jamrah pada hari raya.Apabila hampir sampai ke Mekkah,sunat mandi untuk memasukinya jika ada kemudahan.

Riwayat daripada Abdullah bin Umar r.a berkata ” Selalunya Nabi apabila hendak memasuki Mekkah Baginda masuk melalui thaniyyatul ulya di Batha dan keluar melalui thaniyyatul sufla” hadith muttafaq alaih. Apabila sampai di Masjid alHaram hendaklah mendahulukn kaki kanan ketika masuk dan mengucapkan;

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله، اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك، أعوذُ بالله العظيم وبوجهه الكريم وبُسلطانه القديم من الشيطان الرجيم.

Hendaklah masuk dengan hati yang khusyuk dan tunduk juga merasa kebesaran Allah mengingati segala nikmat kurniaan Allah kerana dapat sampai ke RumahNya… seterusnya maju menghampiri Kaabah menuju ke Hajar aswad untuk memulakan tawaf. Janganlah mengucapkan; Aku berniat tawaf kerana ia tidak pernah daripada Nabi s.a.w …sedangkn niat itu tempatnya di dalam hati. Lalu menyentuh hajar aswad dengan tangan kanannya dan mengucupnya jika mudah… semuanya dilakukan kerana membesarkan Allah dan mencontohi Rasulullah bukannya mempercayai bahawa batu itu memberi manfaat atau mudharat…. itu semua hanya milik Allah.

Riwayat daripada Umar alKhattab pernah mengucup hajar aswad seraya berkata;

“Sesungguhnya aku tahu Engkau hanyalah batu tidak boleh memberi apa-apa mudharat atau manfaat, kalau bukan kerana melihat Rasulullah mengucupMu nescaya aku tidak akan pernah mengucupmu”

Jika susah untuk mengucup, hendaklah disentuh dengan tangan lalu diciumnya… Ibnu Umar pernah meriwayatkn Baginda menyentuh Hajar aswad dengan tangan lalu dikucup tangannya… beliau berkata; Aku tidak pernah meninggalkan semenjak aku melihat Rasulullah melakukannya.
Maka,jika tidak mudah menyentuhnya dengan tangan jangan bersesak-sesak kerana ia boleh menyakiti dirinya juga orang lain… kadang-kadang berlaku kemudaratan dan hilang rasa khusyuk dan keluar dari tujuan ibadah sebenar ketika tawaf …. berpunca dari perkara sia-sia ,pertengkaran serta perbalahan.

Cukuplah dengan cara membuat isyarat dengan tangannya walaupun dari kedudukan yang jauh…

Dalam hadith Bukhari mengikut riwayat Ibnu Abbas; Rasulullah pernah tawaf diatas unta , setiap kali Baginda sampai ke rukun Hajar aswad Baginda membuat isyarat kepadanya… dalam riwayat lain Baginda membuat isyarat dengan sesuatu yang ada bersamanya. Kemudian,dia memulakan pergerakan tawaf ke sebelah kanan sedang Kaabah berada di sebelah kirinya… setiap kali sampai ke rukun yamani hendaklah menyentuh@ menggosoknya jika senang tanpa mengucupnya. Jika tidak dapat, tidak perlu berasak-asak ..Janganlah melakukan istilam pada Kaabah kecuali Hajarul Aswad dan Rukun Yamani kerana kedua2nya masih kekal diatas binaan asal Nabi Ibrahim.Juga kerana Nabi Muhammad hanya istilam kedua-duanya sahaja.

Imam Ahmad meriwayatkn dari Mujahid dari Ibnu Abbas bahawa beliau tawaf bersama muawiyah. Maka Beliau mengusap semua bucu-bucu Kaabah..lalu ditegur oleh Ibnu Abbas; kenapa kamu juga mengusap 2 rukun shaamiy, sedangkn Baginda tidak melakukan perkara ini?lalu dijawab; tiada satu bahagian Kaabah ditinggalkan! Ibnu Abbas membalas; Sesungguhnya untuk kamu pada diri Rasulullah ada ikutan yangg baik…Lalu beliau mengaku; benar kata-kata mu.

Doa dan zikir ketika tawaf antara rukun yamani dan hajarul aswad ialah;

« رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الاٌّخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الاٌّخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ »

 

 

5. Adapun ketika berada di tempat lain ketika tawaf maka boleh membaca apa-apa zikir doa atau ayat-ayat Quran…justeru dijadikan ibadah tawaf Saei antara sofa Marwah dan melontar jamrah untuk menegakkan zikir kepada Allah . Sunnah untuk kaum lelaki pada tawaf qudum melakukan idhtibaa’ sehingga selesai dan ramal pada 3 pusingan pertama.

◊ Idhtibaa ialah; membuka bahu kanan dan meletakkan tengah kain ihram dibawah Ketiak dan hujung kedua-duanya diatas bahu kiri.

◊ Ramal ialah berjalan cepat dengan langkah yg dekat-dekat…

◊ Tawaf tujuh (7) pusingan bermula dan berakhir di hajar aswad …

◊ Tidak sah tawaf dalam hijir Ismail.

Setelah selesai 7 kali pusingan, majulah ke belakang Maqam Ibrahim seraya membaca ayat;

{ وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَآ إِلَى إِبْرَهِيمَ وَإِسْمَـعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَالْعَـكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ }،

6. Kemudian solatlah 2 rakaat dekat di belakang Maqam Ibrahim … jika tiada ruang Solatlah di mana sahaja walaupun jauh…. dibaca pada rakaat pertama selepas alfatihah surah قل يا أيها الكافرون dan rakaat kedua قل هو الله أحد selepas itu kembali ke mengucup hajar aswad jika mudah @ isyarat kepadanya sahaja.

7. Selepas itu, keluar ke tempat sa’ei untuk melakukan sa’ei… apabila hampir dengan sofa hendaklah membaca ayat ini;

{ إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ }،

Kemudian memanjat naik ke Sofa sehingga nampak Kaabah lalu menghadap Kaabah dan mengangkat 2 tangan memuji Allah dan berdo’a apa sahaja, di antara doa Baginda di sini ialah;

« لا إلـه إلا الله وحده لا شريك له، له المُلك وله الحمد وهو على كل شيءٍ قدير، لا إلـه إلا الله وحده أنجزَ وعده ونصر عبده وهزم الأحزاب وحده »،

Diulangi 3x bersela-sela dengan doa ditengah-tengah nya.

 

8. Kemudian turun dari Sofa menuju ke Marwah berjalan sehingga sampai ke tiang hijau hendaklah berlari sekuat yang boleh sehingga sampai tiang hijau kedua kembali berjalan seperti biasa terus naik ke Marwah menghadap kiblat dan mengangkat 2 tangan mengucapkn doa yg sama ketika di atas Sofa. Kemudian turun dari Marwah menuju ke Sofa berjalan di kawasan yang patut berjalan dan berlari di kawasan yang patut berlari lalu menaiki Sofa menghadap kiblat mengangkat 2 tangan dan membaca apa yg telah disebut… dalam sa’ei yang lain boleh dibaca zikir doa atau ayat-ayat Quran yg disukai…

Naik ke atas Sofa Marwah dan berlari antara 2 tanda hijau semuanya sunat bukannya wajib.

Apabila selesai 7x sa’ei… dari Sofa ke Marwah dikira sekali, dari Marwah ke Sofa dikira sekali,

 

9. Selesai sahaja saie, hendaklah kepala untuk lelaki atau pendekkan rambut..Lebih afdhal adalah cukur kecuali orang yg melakukan Haji tamattu’ yg hampir dengan hari arafah- maka afdhal gunting sahaja kerana Nabi s.a.w menyuruh sahabat Baginda ketika mereka sampai pagi keempat Zulhijjah bertahallul dengan menggunting sahaja. Adapun wanita, maka mereka hanya gunting sahaja sekadar seruas jari rambut dan tidak dibenarkan mencukur rambut.

Wajib mencukur semua rambut kepala berdasarkn firman Allah ” mereka mencukur kepala mereka dan menggunting” dan Baginda mencukur seluruh kepala Baginda lalu bersabda ” hendaklah kamu mengambil dariku cara ibadah haji dan umrah kamu”Begitu juga gunting merangkumi seluruh kepala. Dengan ini sempurnalah umrah dan telah tahallul sepenuhnya… menjadi halal dari seluruh larangan-larangan IHRAM.

 

 

Terjemahan oleh Ustaz Kamaruzaman

Pembimbing Umrah Amani Travel Sdn Bhd

 

Loading

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *