Coretan Pengalaman Haji dengan Visa Mujamalah 2019 (6 Ogos – 3 Sep 2019)

Menunaikan haji adalah impian dan merupakan kefardhuan bagi semua orang Islam yang mampu. Ia ibarat satu perkhemahan intensif besar-besaran ummat islam seluruh dunia untuk satu tempoh,masa dan tempat yang telah ditetapkan Allah iaitu di Baitullah dan kawasan sekitarnya pada bulan Zulhijjah…

Sediakan akal,jiwa dan minda untuk sebarang kemungkinan…

Saya petik satu rujukan daripada ayat Quran tentang Ibadah ‘tua’ yang istimewa ni dan merupakan rukun Islam yang ke 5.

Ibadah ni telah diwariskan oleh Nabi Ibrahim sehinggalah ke junjungan nabi kita yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A

Ayat Quran

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَٰهِيمَ مَكَانَ ٱلْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِى شَيْـًۭٔا وَطَهِّرْ بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلْقَآئِمِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ ٢٦

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang)

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًۭا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍۢ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍۢ ٢٧

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Haji memang untuk bersusah payah..Sediakan ‘mindset’ yang betul

Nabi kata.. Haji yang mabrur… tiada balasan melainkan syurga

الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

Maksudnya :” Haji mabrur tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga.”

Riwayat Ahmad (7348) di dalam Musnad.

Haji ni.. mindset kita adalah datang sebagai hamba ke rumah Allah… untuk mentauhidkan dan mentahmidkan dia melalui ibadah Haji…

Jadi, sediakanlah akal dengan ilmu yang betul …letakkan ke tepi segala pangkat dan darjat..manakala tubuh badan pula mestilah dengan kesihatan fizikal yang sihat dan kuat. Berusahalah menambah ilmu pengetahuan mansik haji dengan cara;

  1. Menghadiri siri kursus-kursus Haji yang dianjurkan oleh tabung Haji
  2. Mulakan aktiviti sihat berjoging atau bersenam ya.. kerana ibadah Haji ni akan banyak sangat aktiviti berjalan ke sana ke mari.. orang muda pun boleh lelah apatah lagi orang tua..kerja-kerja Haji memang sangat memerlukan kekuatan fizikal.

Tempat yang bakal kita duduk pun sekadar keselesaan sedikit sahaja…ditambah dengan cuaca yang panas terik dan kering, berdebu dll…fokus utama kita memang ibadah.. tidak selesa sikit-sikit tu, pandang sebelah mata sahaja lah.. siapkan diri daripada perkara perkara kecil sehingga besar..

Coretan Kembara Haji bermula…

Visa Haji Mujamalah saya dikeluarkan 7 hari sebelum wukuf… sangat mendebarkan. Kami pun memang ditaklimatkan akan pergi penerbangan Haji yang akhir sahaja….Alhamdulillah saya direzekikan Allah untuk pergi tahun itu.

Member Bro Nazim yang sangat rajin bantu jemaah

Naik sahaja kapal terbang, saya terus duduk muhasabah diri… sahabat sepemergian saya Hj Nazim yang duduk sebelah aku.. kami sama-sama mengalirkan air mata kesyukuran serta mengenangkan ada lagi yang tak dapat pergi..memang rezeki kami dijemput tahun tu…Alhamdulillah

Ada juga jemaah yang dapat Visa haji saat akhir…dah rezeki dia kan.. rancangan dia adalah untuk menemani ayahnya melaksanakan ibadah Haji… tapi ditakdirkan ayahnya sahaja yang dapat visa dahulu dalam keadaan ayahnya yang berkerusi roda …Nak tak nak kene pergi juga dahulu bersendirian..namun ditakdirkan Allah akhirnya dia dapat juga Visa dan pergi dengan penerbangan saat akhir…Jadi dia hanya buat Haji ifrad sebaik sahaja sampai Mekah.

Macam-macam latar belakang orang yang saya jumpa dalam jemaah ni…Ada seorang makcik ni memang menyimpan daripada muda untuk buat Haji.. kerja dia sekadar kerja kilang sahaja. Tapi.. dengan berkat simpanan dia Alhamdulillah cukup untuk dia sempurnakan Haji .. Cuma kesihatan dia tidaklah berapa baik..

Saya cadangkan, kalau ada mak ayah yang sudah agak uzur, sebaiknya waris usahakan bersungguh-sungguh juga untuk pergi sekali berkhidmat untuk mak ayah.. petugas travel agensi ni memang tidak akan mampu untuk cover 24 jam untuk tolong tengokkan ibu atau ayah kita yang agak uzur…

Ada juga makcik ni bila saya jumpa dan bersembang… sebenarnya membaca pun dia tak reti.. habis tu macam mana pula dia boleh survive : P.. Jadi sayalah sebagai jemaah yang support makcik tu..  nak beli simkad ke nak ke mana ke.. saya tolong dia… dia cerita, hidup dia memang Allah dah aturkan rezeki dia macam mana.. Arwah suami dia sempat belikan tanah untuk dia… dan rupa-rupanya tanah yang dia ada tu bernilai tinggi dan berada dilokasi yang stratergik..lalu dibuatlah kedai makan kat tepi jalan dan disewakan pada orang yang nak berniaga..dia pula buat rumah sebelah tu sahaja untuk pantau .. kedai makan tu memang ramai orang setiap hari (saya sendiri ziarah makcik ni lepas balik haji).. macam tu lah rezeki kehidupan dia yang Allah dah atur cantik sampai ke hari tua..

Ada juga kisah jemaah ni, nak bawa isteri dan ibunya untuk Haji. Ditakdirkan hanya Visa ibu dan dia sahaja yang dapat keluar..sedih sungguh nampak raut wajahnya.. tapi saya cakap kat dia..barangkali Allah nak dia fokus berbakti pada ibunya untuk untuk ibadah Haji kali ni berbanding isterinya..itulah yang telah ditentukan Allah.. tapi Alhamdulillah tahun lepas dapat perkhabaran dia telah selesai menunaikan Haji bersama isteri pasca pandemik : ).

Ada juga jemaah yang diuji baru sahaja kematian anak bermumur 6-7 tahun disebabkan oleh masalah jantung.. barangkali Allah nak hiburkan hati dia dengan kembara ibadah Haji tahun tu..

Disini adalah bumi barokah …kita semua adalah sama ..tak kira golongan marahen, doktor, Datin atau Dato, Tan sri ke, jawatan dll..semua mestilah merendah diri.. jaga tutur kata elok-elok…kerana semuanya berihram sama

Tiada beza di sisi Allah s.w.t kecuali takwa

اَلْحَجُّ اَشْهُرٌ مَّعْلُوْمٰتٌۚ فَمَنْ فَرَضَ فِيْهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوْقَ وَلَا جِدَالَ فِى الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوْا مِنْ خَيْرٍ يَّعْلَمْهُ اللّٰهُ ۗ وَتَزَوَّدُوْا فَاِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوٰىۖ وَاتَّقُوْنِ يٰٓاُولِى الْاَلْبَابِ

“(Musim) haji itu (pada) bulan-bulan yang telah dimaklumi. Barangsiapa mengerjakan (ibadah) haji dalam (bulan-bulan) itu, maka janganlah dia berkata kesat, berbuat maksiat dan bertengkar dalam (melakukan ibadah) haji. Segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya. Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa. Dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat!”

QS. Al-Baqarah[2]:197

begitulah kisah-kisah orang yang bermacam-macam cerita..

Baik lah saya teruskan lagi cerita…buat haji ni, kalau tak berapa reti sangat …rujuk Ustaz yang bertauliah dan  boleh ikut aturan yang telah diaturkan oleh syarikat. I.allah tak akan sesat jalan. Cuma bab hukum hakam yang tak pasti tu terus lah tanya ustaz ya.. seperti yang saya cakap tadi Haji ni banyak sangat pergerakan fizikal dan selebihnya adalah solat dan berdoa..

Tiba di Jeddah… menuju ke Apartmen Aziziyah berdekatan Mina

Ruangan Menunggu terminal Haji Jeddah

Setibanya saya dan jemaah di Jeddah, kami terus disambut oleh wakil Maktab Haji. Airport Jeddah waktu ni masih terminal lama Haji tapi memang sangat pantas melepasi imigresen..  Sempat lah saya ambil simkad sebelum naik bas Maktab untuk ke Apartmen di Aziziyah.

Wakil Pengurusan Maktab


Rowas Albarokah – Aziziyah

Sampai sahaja di Aziziyah penginapan adalah di jalan Syariq Sidqi.. kalau nak tau, Aziziyah ni adalah satu kawasan apartmen yang sangat berdekatan dengan khemah Mina dan tempat melontar jamrah tapi tidak dikira sebahagian daripada kawasan Mina. Penginapan kat sini setakat 3 bintang tu dah lebih daripada memuaskan…Kebanyakan hanya setahun sekali je dia buka khas untuk operasi Haji. Tempat ni kita boleh cakap sebagai tempat transit sebelum nak buat kerja-kerja haji..yang perempuan akan duduk sebilik dengan perempuan sahaja dan lelaki akan duduk sebilik dengan lelaki sahaja untuk pastikan Haji kita ‘terjaga’..memang travel agensi dah taklimatkan dan aturkan macam tu…. faham-faham je lah ya.. Dah habis je kerja-kerja haji ni.. 15 Zulhijjah i.allah kami akan ke Hotel berdekatan dengan Haram. Waktu tu nak ikut bilik berdua ke apa dengan pasangan masing-masing i.allah takda masalah dah.

Saya memang dah niat Haji Tamattu’.. Kami sampai awal sebelum wukuf..jadi sempatlah untuk buat Umrah dulu dan tahalul… boleh lah ihram tak lama sangat sebelum niat semula untuk ibadah Haji..

Kalau nak faham ibadah Haji ni sebenarnya tak lah lama mana pun 5 Zulhijjah ~ 15 Zulhijjah sahaja (lebih kurang 10 hari sahaja selesailah Umrah dan Ibadah Haji kalau buat Haji Tamatuk lah). Kalau nak buat Ifrad dan Qiran, itu boleh rujuk ustaz macam mana… Boleh sangat semuanya.. tepuk dada tanya diri mana yang mampu untuk buat. Selebihnya boleh ikut sahaja aturcara.. daripada hari Tarwiyah, wukuf Arafah (kemuncak Haji), mabit di Mina dan Muzdalifah , melontar Jamrah, Tawaf dan Saie Haji.

Sunnah Hari Tarwiyah bergerak daripada Aziziyah ke Mina (8 Zulhijjah)

Travel ini pilih untuk buat Hari Tarwiyah. Tarwiyah ni ape kebenda nya ? Tarwiyah ni menurut ustaz adalah hari dimana Nabi bergerak ke Mina untuk kumpulkan air sebelum wukuf di Arafah. Kalau ikut sirah, Nabi akan bergerak ke Mina pada 8 Zulhijjah dan tiba lebih kurang sebelum waktu Dhuha. Travel agen akan aturkan biasanya pergerakan selepas isyak 7 Zulhijjah untuk menaiki bas khas ke Mina bagi sesiapa yang nak ambil sunnah ni. Kalau kumpulan kecil i.allah boleh sangat.. yang paling seronoknya kita dah boleh cop dulu tempat kita untuk khemah di Mina ni..

Naik bas ke Mina Hari Tarwiyah


Nak dijadikan cerita, kami naik bas malam tu lebih kurang jam 11 malam lah untuk ke Mina. Bas yang disediakan oleh Maktab (Bas ni memang tak boleh pilih-pilih.. apa maktab beri kita ikut sahaja sebab memang mereka yang atur sepenuhnya pergerakan Jemaah haji)

Hendak dijadikan cerita.. bas ni memang sangat padat dengan jemaah dan yang lelaki ramai yang terpaksa berdiri. Maktab bagi kami satu bas sahaja dan terpaksa dipadatkan dengan Jemaah 50 orang dengan beg-beg hand carry untuk ke mina!. Nak tak nak memang kene naik juga atau tak akan dapat sunnah ni.

Maka kami pun bermulalah niat Ihram Haji dan mulalah bertalbiah beramai-ramai apabila bas mula bergerak

Labbaikallahumma labbaik..labbaikala syarikala2 baik.. innalhamda wa nikmata lakawal mulk laa syari kalah

Berulang-ulang kami bertalbiah beramai-ramai sambil menuju ke Mina

Bermula lah episod cubaan kami satu bas..sebenarnya jarak antara Apartmen Aziziyah dengan khemah kami di Mina iaitu Maktab Mujalamah 95(Asia) tidak lah jauh mana pun.. hehe lebih kurang 5km sahaja lah..Suasana jalan daripada Aziziyah ke Mina waktu tu.. masyallah sangat sesak dipenuhi dengan bas, kereta dan manusia … Tapi pak arab yang bawa bas kami ni rupa-rupanya tak lah berapa mahir jalan … Nampak macam warga Afrika arab yang baru nak kenal kawasan…. Ingatkan sejam sahaja.. rupanya kami terpusing-pusing dan berlegar-legar keluar masuk kawasan khemah Mina antara jam 11 malam sampai 7 pagi ! ada yang nak tunai hajat, terkencing berdiri dalam bas sampai menggelatar kaki terutamanya yang warga tua… nasib baik bas sempat berhenti di satu kawasan di Mina ni untuk solat subuh.. aku sampai buka waze untuk tengok kat mana khemah Maktab kami ni di Mina .. kami teruskan talbiah beramai-ramai dan berdoa agar jumpa khemah kami di Mina.. akhirnya jumpa lah juga khemah kami dekat-dekat waktu Dhuha..itulah hikmahnya.. sampai juga di Mina lebih kurang sama macam Nabi sampai dekat-dekat waktu Dhuha ..

Khemah Mina


Khemah Mina

Apa pun Alhamdulillah.. setibanya di khemah Mina, kami solat rehatkan diri dan bergaul mesra dengan semua jemaah. Keadaan kami agak selesa kalau nak dibandingkan dengan Maktab lain …sebab masih ada ruang yang selesa untuk baring dengan tilam nipis atas lantai tu untuk setiap seorang. Kau pangkat apa pun, itu lah tempat untuk tidur kau sama seperti yang lain.

Maktab Mujamalah tak seramai Maktab yang dikhususkan untuk sesebuah Negara.Satu kotak ruang khemah tu Alhamdulillah muatlah untuk 15 ke 16 orang dengan ada ruang lagi untuk beg-beg dll. Kalau di Maktab lain memang kami dikhabarkan sangat padat sehingga bahu bertemu bahu dan ada yang terpaksa tidur diluar sahaja sebab tak muat… memang boleh mental.. fasiliti pulak saya tengok kerajaan Saudi memang dah naik taraf dengan ada ‘blower’ angin sejuk, kemudahan air panas untuk minum dan makan serta tandas yang banyak. Tak payah lah expect selesa sangat.. boleh baring, makan dengan baik dan ke tandas untuk mandi dan buang air pun dah nikmat sangat dah tu..Maggie pun layan waktu ni hehe. Travel agensi isikan sela-sela masa kami dengan tazkirah daripada Ustaz.. Alhamdulillah tak kosong.. ada masa sikit jemaah solat dan baca quran.

Arafah (9 Zulhijjah)… kemuncak ibadah Haji dan hari yang di nanti-nantikan kami…

Tanggal 9 Zulhijjah, awal pagi sebelum subuh kami bangun awal, mandi dan kami solat subuh secara berjemaah. Saya bawa extra kain ihram dan tukar yang baru untuk hari yang istimewa ni. Lepas makan sarapan sahaja, kami terus diarahkan oleh ustaz dan petugas travel agensi untuk bergerak ke arah bas untuk menaiki bas yang pertama untuk ke Arafah daripada Mina. Alhamdulillah kami semua beri kerjasama yang baik dan dapat lah menaiki bas yang pertama menuju ke khemah di Arafah. Tak lama pun naik bas ni.. dalam 15 minit sahaja kami dah sampai di khemah kami di Arafah sebelum waktu Dhuha.

Bersiap naik bas ke Arafah (lepas subuh)

Sampai di khemah Arafah.. kami ambil tempat masing-masing untuk keselesaan kami di khemah Arafah sementara menunggu solat dan khutbah Arafah. Ustaz bagitahu, ibadah yang paling afdhal pada hari tu adalah berdoa.. sampaikan nabi pun solat jamak zohor dan asar dengan sahabat dan terus berdoa pada Allah. Doalah pada Allah apa sahaja yang kita nak pada hari tu..

Kami diajarkan oleh ustaz untuk berzikir dengan sebaik-baik zikir sunnah pada hari tu iaitu

La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Hayatilah maksudnya dan ini lah momen-momen penting antara aku sebagai hamba dengan Allah s.w.t rab jalil


Baca Quran dan berzikir


Kemuncak Arafah adalah berdoa di luar sehingga terbenam mata hari

Menunggu bas terakhir sebelum ke Muzdalifah di khemah Arafah

Saya keluar tinggalkan khemah dan cari tempat  sendiri dekat pokok berdekatan dengan khemah kami di Arafah ..Saya duduk baca quran dan dengan masa yang ada dan manfaatkan betul-betul berdoa macam-macam..  mohon keampunan Allah dan berharap Allah jemput lagi saya untuk buat Haji kalau ada rezeki… kemuncak ibadah berdoa ni di Arafah sampai lah lepas Asar sehingga matahari terbenam..Petang tu tiba-tiba hujan turun sekejap di kawasan arafah disebalik kepanasan tengah hari tadi… Rahmat sungguh…waktu ni saya perhatikan ramai jemaah angkat tangan berdoa di luar khemah.. ada yang menangis teresak-esak sambil berdoa sehingga melihat matahari terbenam…saya rasa sangat tenang dan perasaan yang tak dapat digambarkan kalau nak tulis.. akhirnya matahari terbenam…maka selesailah rukun haji kami iaitu wukuf di Arafah…

Bergerak ke Muzdalifah untuk mabit (bermalam)…

Pihak travel memutuskan supaya jemaah tidak terkejar-kejar untuk mabit / bermalam di Muzdalifah. Kami ambil bas yang paling akhir sekali malam tu selepas makan malam. Iya lah ustaz cakap nak ambil sunnah nabi ..maka kami akan bergerak ke Muzdalifah dan solat isyak di sana sahaja nanti.

Kawasan Muzdalifah ni memang padang terbuka tanpa sebarang khemah!..kosong berbumbungkan awan..haa bawa lah tikar ke atau apa-apa kain untuk lapik punggung dan kumpul batu-batu kecil untuk melontar esoknya. ..duduk situ sampai lah ke subuh…baca lah quran, berzikir dan berdoa.

Tanah lapang muzdalifah berbumbungkan langit

Usai kami solat subuh di Muzdalifah, kami diarahkan untuk naik bas maktab menuju ke khemah kami semula di Mina. Alhamdulillah perjalanan kami dimudahkan dengan menaiki bas yang pertama untuk kembali ke Mina. Sampai sahaja di Mina, kami mandi dan bersihkan diri dan mulalah episod berjalan kaki untuk ke tempat melontar Jamrah kubra.

Melontar Jamrah Kubra (10 Zulhijjah) ..Hari Raya Qurban (Yaumul Nahar)

Selesai sahaja kami sarapan sedikit pagi, maka kami berkumpul dan bersiap untuk bergerak berjalan kaki sajauh 4.5km sehala daripada khemah kami di Muaisim untuk ke tempat melontar jamrah. Kami bergerak lepas waktu Dhuha untuk sampai sana dekat-dekat waktu zohor iaitu waktu sunnah melontar selepas azan zohor. Waktu ni memang menguji kesiap siagaan fizikal semua jemaah. Yang uzur sedikit kene panggil orang upah tolak wheelchair.. jalan akan lebih kurang dekat 2 jam setengah (pergi balik) sebab akan melalui terowong dan jalan yang agak berbukit…panas .. waktu nilah sangat menginsafkan apabila melihat lautan manusia seperti semut bergerak menuju ke jamarah..macam-macam ragam dan feel.. ada yang berlari.. ada yang uzur dan berjalan perlahan.. ada yang dokong mak atau ayah…dan ada yang bertahmid beramai-ramai.. aku pula fokus zikir dan berjalan pantas.. serius walaupun 2 jam lebih berjalan (pergi balik) tak rasa sangat.. sebab melihat ramai sangat orang berjalan bersama-sama..

Khemah Mina Muaisim menuju ke jamarah


Jalan kaki daripada khemah mina di muaisim ke Jamarah


Tiba di Jamarah dekat waktu Zohor


Tempat melontar bertingkat-tingkat

Akhirnya kami sampai ke dekat dengan Jamrah kubra sebelum zohor.. dengar sahaja azan daripada masjidil haram kami perlahankan berjalan dan selesai sahaja azan… kami berdoa menghadap kiblat dan terus ke jamrah kubra.. bismillah allahuakbar.. 7 balingan batu selesai.. maka Alhamdulillah sudah boleh bertahalul Awwal (lepaskan Ihram) lepas ni… macam-macam gelagat manusia melontar ni.. terhibur ada juga.. aku ambil pendekatan sederhana sahaja dengan batu-batu kecil sebsar biji kurma dan pergi berdekatan dengan tempat melontar.. alhmadulillah selesai..

Kawasan tempat melontar ni agak selesa dah sekarang dan bertingkat-tingkat untuk elakkan kesesakan jemaah Haji.

Tengoklah video ni (Video disumbangkan oleh Hj Nazim) jarak khemah kami di Muaisim Mina dengan tempat melontar Jamarah

Kalau yang amik pakej khemah Mina dekat tu, harga dia tak murah lah.. Dengar-dengarnya khemah Mina yang dekat dengan tempat melontar ni biasa harga dalam RM150k-200K

Daripada tempat melontar dengan Apartmen kami di Aziziyah tidak jauh. Jalan pun kurang sekilomter sudah sampai. Maka kami pun bergerak jalan kaki ke Apartmen dan terus bercukur (tahalul awal) di sana.

Alhamdulillah.. memang lega betul badan bila dah bercukur , lepaskan kain ihram dan terasa betul nikmat bila dapat mandi dengan sabun dan pakai baju biasa bersarung (jubbah dll).

Mabit (bermalam) di Mina – Wajib Haji…dan melontar 3 jamrah di hari-hari tasyriq (11,12,13 Zulhijjah)

Kami berehat sebentar di Aziziyah untuk makan tengah hari mandi dan akan berjalan semula ke khemah kami di Mina… kene tempuh lagi 4.5km untuk ke khemah kami semula. Waktu ni lebih selesa sebab dah sebab tak pakai kain ihram dah. Boleh pakai kasut, bertopi dll. Aku sangat rekomen korang tidurlah di Mina. Ada sesetengah orang nak berlegar-legar di Mina sahaja pada waktu malam untuk cukupkan syarat wajib haji tu dengan berjalan daripada Azizziyah ke kawasan melontar jamrah (Mina).

Solat di khemah Mina selepas melontar Jamrah


paramedik

Kami sampai sahaja semula di khemah Mina untuk makan, solat dan sedikit tazkirah, lepas tu memang terus tidur sebab nak kumpul tenaga untuk melontar lagi jamarah pada keesokannya. Melontar di hari-hari tasyriq (11,12,13 Zulhijjah) memang mencabar mental dan fizikal. Bagi yang memang betul-betul uzur memang akan Nafar Awal iaitu meninggalkan bumi Mina sebelum maghrib pada hari ke 12 Zulhijjah setelah melontar.

Waktu ni juga sembelihan Qurban dan juga Dam akan diselesaikan oleh pihak travel agensi. Tak perlu risau apa, mereka akan selesaikan semua di pusat sembelihan. Kita hanya bayar dan minta mereka selesaikan.. Alhamdulillah

Saya pilih untuk Nafar Thani (selesaikan 3 hari tasyriq melontar). Ye lah sebab kalau kita ni muda-muda lagi kenapa nak nafar awal ? Sekiranya tiada sebarang alasan yang menghalang dari segi kesihatan dan kemampuan fizikal teruskanlah melontar sehingga 13 Zulhijjah. Nikmat bersusah payah Haji ni sekejap sahaja dan memang akan kita kenang sepanjang hayat.. cipta lah momen-momen penting ni..

Selesai sahaja hari tasyriq, memang akan terasa sedih sikit nak tinggalkan khemah di Mina.. disitulah tempat kami beribadat, berkumpul, bertazkirah dan bergurau senda..

Hari terakhir..kami kemas elok-elok khemah dan tinggalkan dalam keadaan yang sama macam waktu kami masuk. Bersih sangat dan sampah semua dibuang ke tong sampah. Puas sangat hati… Hari terakhir melontar kami menaiki bas terus ke Apartmen di Aziziyah dan daripada situ kami berjalan kaki untuk ke tempat melontar kerana lebih dekat…selesai sahaja melontar terus kami pulang..

Selesai kemas Khemah di Mina

Kebiasaannya travel agen dan pembimbing haji memang tak rekomen untuk selesai sahaja melontar jamrah hari terakhir tasyriq untuk terus buat tawaf dan saie haji di Mekah untuk Tahalul Thani.. kerana ini akan sangat memenatkan … Jadi tidak ada apa yang perlu dikejarkan sangat. Kami balik ke apartmen Aziziyah untuk berehat dahulu dan keesokannya baru kami bergerak ke Haram menaiki beberapa van untuk tawaf dan saie Haji.. maka Alhamdulillah selesailah ibadah Haji…

Usai Tawaf dan Saie Haji

Alhamdulillah Selesai Ibadah Haji

Masyaallah.. tidak tergambar begitu mudah rupanya nak buat haji ni.. kan saya dah kata sebelum ni, ingatkan susah sangat dengan banyak pantang larang ihram.. rupa-rupanya mudah..jaga sahaja pantang larang ihram macam buat umrah tu.. jaga mulut.. dan ikutlah pergerakan haji yang telah diaturkan oleh travel agensi.. kerana ibadah ni memang ibadah 90% fizikal dan pergerakan.

Secara ringkasnya ;

Mudah sahaja untuk tunaikan Haji secara Tamattu’ (Dah Selesai buat Umrah Dahulu).

  1. Sunnah Hari Tarwiyah (Niat Haji & bertalbiah) berada di khemah Mina 7 – 8 Zulhijjah
  2. Wukuf (berada) di Arafah pada Hari Arafah – 9 Zulhijjah
  3. Bermalam di Muzdalifah – 10 Zulhijjah
  4. Melontar Jamrah Kubra (Tahalul Awal) – Hari Raya Haji & Bermalam di Mina – 10 Zulhijjah
  5. Melontar jamrah pada hari-hari Tasyriq & selesaikan Qurban & Dam serta bermalam di Mina – 11,12,13 Zulhijjah
  6. Tawaf & Saie Haji – selepas 14 Zulhijjah atau mana-mana hari yang dirasakan sesuai dalam bulan zulhijjah
  7. Selesai Haji.

Pada hari ke 15 zulhijjah barulah kami bergerak masuk ke Hotel kami di Clock Tower iaitu Hajar Movenpick. Waktu ni tak tergambar rasa syukur atas segala nikmat yang Allah beri. Kesukaran Haji dengan keselesaaan selepas itu. Saya fokus beribadah dan tawaf sunnat di masjid dan ambil peluang solat jenazah setiap waktu..Ada hari-hari dan masa tertentu, travel agensi akan bawa untuk ke ziarah Luar dan boleh lagi siapa yang nak buat Umrah.. rancanglah aktiviti ibadah dan lain-lain sebaiknya..kot nak beli belah dll

Dekat mekah madinah ni, undang-undang dia bab masa ni memang kita kene sentiasa jaga.. contohnya biarlah kita yang menunggu bas.. jangan bas yang tunggu kita..tapi pengalaman kene sidai dengan pak arab ni, simpan sahajalah dalam hati dan abaikan sahaja lah.

Banyakkan ringan tangan membantu jemaah yang tua serta kita jangan sesekali menyusahkan jemaah lain dengan sikap buruk kita..maka Allah akan mudahkan banyak urusan kita.

Kami ke Madinah selama 4 malam dan akhirnya pulang ke tanah air setalah 22 malam ditanah suci untuk menunaikan Haji.

Tempat-tempat ziarah

Harapnya perkongsian saya ini bermanfaat dan memberikan rasa seronok untuk usahakan ibadah Haji pada waktu muda atau ketika fizikal kita kuat. I.allah Haji ni tidak lah sesukar mana seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Bab hukum hakam dan pantang larang, korang rujuk lah para Ustaz ya.

Kesimpulannya

Pengalaman saya menunaikan Haji dengan ni sangat bermakna dan memberikan kesan kepada ruh, perasaan dan kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Bukan mustahil untuk pergi tetapi perlukan usaha bersungguh-sungguh, kesabaran dan doa yang tidak putus.

Artikel ini disumbang oleh : Alumni Haji  1440H/2019

Kenangan Di Muzdalifah Jemaah Haji  1440/2019

Kenangan Di Muzdalifah Jemaah Haji 1440/2019

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

Majlis penghargaan sempena persaraan Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Ybhg Dato' Sri Syed Saleh Bin Syed Abdul Rahman anjuran BUMITRA MALAYSIA. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berbakti sebagai Mustasyar (Penasihat)
Tabung Haji.

#tabunghaji
#amanitravel
... See MoreSee Less

Majlis penghargaan sempena persaraan Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Ybhg Dato Sri Syed Saleh Bin Syed Abdul Rahman anjuran BUMITRA MALAYSIA. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berbakti sebagai Mustasyar (Penasihat)
Tabung Haji.

#tabunghaji
#amanitravelImage attachmentImage attachment+8Image attachment

Selesai sudah Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 41 MHPK-41 untuk tahun ini.

Tujuan penganjuran muzakarah adalah untuk menyelaraskan hukum hakam berkaitan permasalah ibadah haji khususnya untuk musim haji 1445 yang lepas.

Tahniah Tabung Haji dengan kerjasama Jawhar dan JAKIM atas kejayaan penganjuran muzakarah kali ini.
... See MoreSee Less

Selesai sudah Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 41 MHPK-41 untuk tahun ini. 

Tujuan penganjuran muzakarah adalah untuk menyelaraskan hukum hakam berkaitan permasalah ibadah haji khususnya untuk musim haji 1445 yang lepas.

Tahniah Tabung Haji dengan kerjasama Jawhar dan JAKIM atas kejayaan penganjuran muzakarah kali ini.Image attachmentImage attachment+3Image attachment

Sedang berlansung:

Kursus umrah di Masjid Pusat Asasi UIAM
Gambang disampaikan oleh Ust Hj. Muhamad Safri bin Ibrahim.

Untuk jemaah haji dan umrah dari Pahang boleh menghubungi pejabat kami cawangan Pahang di alamat di bawah.

𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
🌎 No.3, Tingkat 1, Jalan Lestari Utama, Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur
📅 Isnin - Jumaat
⏲ 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
📞 014-3638743 / 010-5447386

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 - 𝐓𝐄𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀 😊
.
#umrah2024 #amanitravel #temankembaraibadahanda #umrah2025 #umrahmusimbaru #pakejsafwah #umrahramadhan #ramadhankareem #ramadhan1446H
... See MoreSee Less

Sedang berlansung:

Kursus umrah di Masjid Pusat Asasi UIAM
Gambang disampaikan oleh Ust Hj. Muhamad Safri bin Ibrahim.

Untuk jemaah haji dan umrah dari Pahang boleh menghubungi pejabat kami cawangan Pahang di alamat di bawah.

𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
🌎 No.3, Tingkat 1, Jalan Lestari Utama, Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur
📅 Isnin - Jumaat
⏲ 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
📞 014-3638743 / 010-5447386

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 - 𝐓𝐄𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀 😊
.
#umrah2024 #AmaniTravel #TemanKembaraIbadahAnda #umrah2025 #umrahmusimbaru #pakejsafwah #umrahramadhan #ramadhankareem #ramadhan1446HImage attachmentImage attachment+5Image attachment

2 CommentsComment on Facebook

Terima Kasih Ustaz Terbaik

Mantap

2 weeks ago

MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 41

Amani Travel Sdn. Bhd. sekali lagi dijemput menghadiri MHPK 41 di Kota Bharu bertemakan

“Akhlak Mulia Cerminan Kemabruran Haji”

Muzakarah akan berlangsung selama 3 hari bermula 27 sehingga 29 September 2024 sebagai persediaan menghadapi musim haji 2025/1446 yang akan datang.
... See MoreSee Less

MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 41

Amani Travel Sdn. Bhd. sekali lagi dijemput menghadiri MHPK 41 di Kota Bharu bertemakan 

“Akhlak Mulia Cerminan Kemabruran Haji”

Muzakarah akan berlangsung selama 3 hari bermula 27 sehingga 29 September 2024 sebagai persediaan menghadapi musim haji 2025/1446 yang akan datang.Image attachmentImage attachment+1Image attachment
Load more

Loading