Air Panas di Mina (Coretan Haji Furada)

Hot!

Awas! Panas..

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

Antara kenangan musim haji 1439 ialah cerita tentang kepala paip. Awas! Ianya panas, panas kerana benar-benar panas dan panas kerana menjadi tumpuan ramai. Jika anda melihat kepala paip ini, mungkin tiada apa yang menarik. Tetapi di Mina kepala paip ini yang menjadi kelansungan hidup jemaah haji sepanjang hari-hari tasyriq. Ia adalah sumber air panas yang membolehkan para jemaah menikmati bancuhan teh, kopi dan sebagainya. Mee segera yang tidak di pandang di tanah air menjadi hidangan paling enak hingga ada yang menjadikan kuah untuk makan dengan nasi. Ada juga yang bergurau mengatakan tidak sempurna haji jika tidak makan indomie di Mina. Kami memang dari awal menyedari keperluan ini membawa sedikit bekalan mee segera dari Malaysia, bukanlah untuk sepanjang musim, hanya bekalan sepanjang beberapa hari di Mina.

Selepas makan, minum air panas memang best

Makan nasi berkuahkan Indomie

Setiap maktab di Mina, menguruskan lebih kurang 3000-4000 ribu jemaah. Walaupun khemah bercampur dengan warganegara lain tetapi dapur tetap mengikut region masing-masing. Pada tahun ini kami berjiran dengan jemaah haji dari China, jika kita mengambil air panas untuk bancuh teh, kopi dan mee segera. Mereka rata-ratanya menggunakan air panas dicampur daun segar seperti pudina untuk dijadikan minuman. Katanya untuk menyejukkan badan. Sesuailah dengan cuaca panas di sana yang menjangkau 40 darjah celcius. Setiap kali menukar air panas, daun akan dilambakkan di tempat mengambil air panas.

Dedaunan

Jiran kami di Mina

Ada yang fasih berbahasa Arab

Bila pulang ke tanah air dan melihat kepala paip akan teringatkan suasana di Mina, Indomie dan daun jemaah haji dari China.

Maktab 35 yang menguruskan jemaah haji furada pada tahun 1439H

 

 

Suasana Melontar Jamrah

 

 

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

PAKEJ HAJI FURADA 1440H / 2019

Catatan Haji 1439H

Amani Travel Sdn. Bhd.

Loading

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *